Jun 8, 2008
Penghargaan Terima Kasih
Entri ini sebenarnya sudah lama ingin penulis nukilkan di blog ini tetapi memori syahdu yang terpahat di sebaliknya membuatkan penulis mengambil sedikit masa untuk memaparkan kepada umum. Entri kali ini khusus untuk memberi penghargaan kepada kakitangan Hospital Tengku Ampuan Afzan (HTAA) dan juga makcik yang banyak berkorban untuk penulis dan ahli keluarga yang lain.
Penulis mewakili keluarga penulis ingin mengucapkan setinggi² penghargaan terima kasih kepada semua doktor, jururawat, jururawat pelatih, pengawal keselamatan dan juga tukang cuci di HTAA di atas layanan baik anda kepada keluarga penulis. Sejak arwah bonda dimasukkan ke Bed 1 wad Mawar 7C pada malam Sabtu, 17 Mei 2008, kami sekeluarga berkampung di HTAA sehinggalah bonda menghembuskan nafasnya yang terakhir pada malam Ahad, 25 Mei 2008.
Selama lebih kurang 10 hari berada di HTAA, kami 4 beranak bergilir² menjaga bonda bersama seorang ibu saudara iaitu Hajah Kamariah Binti Razali. Ibu saudara yang lebih mesra dipanggil Mama setia menemani kami dengan meninggalkan keluarganya sendiri di Kemaman. Sungguh luhur budi Mama, kami tidak mampu membalasnya, hanya ucapan terima kasih yang boleh kami ucapkan. Sesungguhnya, budi baik Mama akan kami kenang sepanjang hayat. Semoga Allah Taala melindungi Mama sepanjang masa.
Penghargaan ini juga penulis rakamkan untuk adik² jururawat pelatih yang menjaga bonda dengan sempurna. Terima kasih kepada adik Asiken, Aisyatun, Zakiah, Syaza, Akmal, Azfarina, Haliza, Nur Asmat dari Kolej Kejururawatan. Terima kasih juga untuk jururawat² pelatih dari Kolej Winfield iaitu adik Anna Gerunsin, Jennifer L, Khartini, Ruby B, Lorita Durie dan Nancy. Tidak lupa juga kepada semua jururawat² Wad Mawar 7C, malangnya mereka selalu terbalikkan tag nama mereka, jadi tidaklah penulis tahu nama² jururawat yang baik hati itu.
Kami menghargai ketekunan kalian menjaga bonda kami. Sesungguhnya kami tidak mampu untuk memberi imbuhan untuk jasa baik kalian, hanya ucapan terima kasih kami berikan. Kepada semua doktor² yang bersilih ganti memeriksa bonda penulis, terima kasih juga kami ucapkan. Semoga kalian sentiasa memberikan perkhidmatan terbaik untuk semua pesakit kalian.
Pengawal keselamatan yang sentiasa bertimbangrasa dengan kehadiran kami di koridor wad Mawar 7C, terima kasih kerana memahami kesulitan kami. Kami sanjung budi baik kalian. Mudah²an kalian sentiasa mengekalkan sikap perikemanusiaan pada ahli keluarga pesakit yang lain. Kalian semua memang best.
Date :
Sunday, June 08, 2008
Tags :
Daily Notes
2 Comment
alhamdulillah..bagusnya..:)
Mie, sy menghargai org² yg melayan arwah bonda sy dgn baik. :)
Post a Comment
Gunakan tatabahasa yang betul sewaktu menulis komentar agar mudah difahami oleh penulis. Terima kasih. :-)
Sila ambil perhatian perkara² berikut :-
1. Tinggalkan nama dan url blog atau laman web anda.
2. HTML tag seperti <b>, <i>, <a> boleh digunakan.
3. Sila berhemah di dalam berbahasa.