Jun 3, 2008

Usai Sudah


Aakhirnya urusan untuk mendaftarkan kematian bonda usai pada hari ini setelah berlaku sedikit kekeliruan sebelum ini. Beberapa hari lalu penulis dan keluarga ke Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) Kemaman untuk mendaftarkan kematian bonda, malangnya kami dimaklumkan bahawa kami perlu ke JPN Kuantan kerana arwah bonda meninggal di Hospital Tengku Ampuan Afzan. Justeru, semalam kami ke JPN Kuantan yang terletak di Bandar Indera Mahkota untuk tujuan tersebut. Selesai sahaja urusan di JPN Kuantan, kami terus pulang ke rumah. Perjalanan yang lama ke Kuantan hanya untuk penyerahan borang sedangkan pengendaliannya cuma 15 minit sahaja. Kami disuruh ke JPN Kemaman semula untuk menyerahkan borang yang telah siap diisi. v7


Penulis agak kesal dengan apa yang berlaku ini. Sepatutnya pihak berwajib memaklumkan kepada kami terlebih dahulu tempat sepatutnya pendaftaran itu dibuat, maka tidaklah kami terpaksa pergi beberapa kali ke JPN Kemaman / JPN Kuantan. Penulis mungkin akan dikompaun kerana kelewatan mendaftarkan kematian bonda walhal ianya berlaku kerana kekeliruan yang tidak disengajakan. Kami perlu melampirkan bersama surat akuan sumpah dan surat tunjuk sebab di atas kelewatan mendaftarkan kematian tersebut. Seterusnya, kami perlu menunggu selama tiga bulan untuk mendapatkan sijil kematian arwah bonda. Jadikan kes ini satu pengajaran buat kita semua. v7

9 Comment

JersiHarimau Wed Jun 04, 03:32:00 PM

Salam Takziah,buat anda di atas pemergian bonda tercinta,semoga rohnya dicucuri rahmat

Eriyza Wed Jun 04, 05:22:00 PM

Terima kasih Ruzki.

Anonymous

hi! my name is yatisalem..i would like to invite u for join new blog listing in malaysia..this is your oppurtunity to get more visitor come to your blog

http://www.loniavillage.com/blog_listing5.html

you are invited also to join our affiliate program in our marketplace.You can get Rm1 for each blog that you recommend to our blog listing.please surf to this link and click at Affiliate LV banner;

http://www.loniavillage.com/home.html

After that you can get your own affiliate banner,You can see the sample here;

http://www.riqzmiecreation.blogspot.com/

Any question can ask me at;
yati_salem@yahoo.com

or go directly to our loniavillage.com admin

thank

aNgah Thu Jun 05, 09:34:00 AM

salam kak wan..perkara yg lebih kurang sama jgk berlaku pd arwah abang..lebih malang lg kami ni xde driver..psl driver yg meninggal..arapkan pak cik je..dah la jauh dungun ke KB..kena bayar lg..angkat sumpah..bulan2 gak..dah beres suma dia ckp nk col bila dah siap..tggu punye tggu sampai setahun kami sendiri yg col JPN KB..rupanya dia dah lama maklumkan kpd JPN dungun..tp pihak kat cni xbgtau..susahnye nk dptkan sekeping sijil mati..lain kali beringatlah bile berlaku kematian luar kawasan kite..

serikandi Thu Jun 05, 07:49:00 PM

maaf eriyza, baru tahu tentang kematian. takziah akak ucapkan. Semoga diberikan kesabaran yg byk2, dan semoga menjadi anak yg solehah dgn menghadiahkan selalu fatihah utk bonda. Takziah sekali lagi utk Eriyza dan keluarga.

Eriyza Thu Jun 05, 10:48:00 PM

Angah, kekadang bengang bila berurusan dgn pjbt kerajaan. Dibuatnya kita cam bola, disuh ke sana sini. Sabo ajer ler.

Kak Anna, terima kasih. InsyaAllah, sy akan melaluinya dengan tabah.

Nur Ruqaiyah Abdul Rahman Sat Jun 07, 08:20:00 PM

salam..mgkin agak tlambat,tkziah atas pmergian bonda eriyza,mmg agk mnyedihkn bl khilangan insan tsayg tbe2 diuji msalah protokol2 plak..moga tabah hdapi sgalanya..=)

KeL@T Sun Jun 08, 01:49:00 AM

erm... mcm kes ayahanda kelat... takda pulak masalah cenggini... cuma, yg ralat nya... arwah ninggal sewaktu cuti umum (deepavali) then, pastu bsambongan pulak ngan cuti umum (raya pose)... ini bmakna, segala urusan tertangguh gitu jerkkk... erm, kira2 seminggu baru dpt wat sorat kmatian arwah... mujurlah, takda apa2 masalah swaktu mahu mdaftarkan kematian arwah... sabo ye eriyza... inilah dugaan kita yg idop...

Eriyza Sun Jun 08, 01:59:00 PM

Terima kasih Ruqayya dan Kelat. Gitoo ler resam hidup yg musti dilalui. Hadapinya dgn tabah.

Post a Comment

Gunakan tatabahasa yang betul sewaktu menulis komentar agar mudah difahami oleh penulis. Terima kasih. :-)

Sila ambil perhatian perkara² berikut :-

1. Tinggalkan nama dan url blog atau laman web anda.
2. HTML tag seperti <b>, <i>, <a> boleh digunakan.
3. Sila berhemah di dalam berbahasa.