Aug 8, 2008

Rahsia Mengedit Blog Orang Lain


Tentu anda amat maklum blog siapakah yang penulis paparkan kali ini. Mungkin juga anda hairan apa pula kaitan topik penulis kali ini dengan blog tersebut. Jangan kalut wahai pembaca yang budiman, penulis cuma ingin menjadikan blog tersebut sebagai contoh untuk satu tips yang akan penulis ajarkan. Ianya adalah berkenaan dengan cara untuk mengedit blog / laman web orang lain tanpa perlu keizinan dari pemiliknya.


Anda boleh mengedit apa saja isi kandungan blog / laman web pilihan anda. Malah, anda boleh membuang gambar yang ada serta menukar kedudukan menu tertentu mengikut citarasa anda. Caranya mudah saja. Anda perlu masuk ke blog / laman web tersebut dan letakkan kod di bawah ini di address bar.

javascript:document.body.contentEditable='true'; document.designMode='on'; void 0


Selepas anda menekan butang Enter, anda boleh membuat apa yang anda mahu seolah² blog / laman web tersebut kepunyaan anda. Bila anda sudah berpuas hati, anda boleh menyimpannya (save) sebagai kenangan. Cubalah.

20 Comment

razifembi Fri Aug 08, 11:38:00 PM

ada betuiii kerrr ... ini sudah melanggar hak nih..

tapi menarik nih ...hahahah...

aku nk try kat blog ni ok?

berfungsi pada blogger jer?wordpress?web2 biasa?

Zamz Sat Aug 09, 02:12:00 AM

tapi edit ni utk diri sendiri je kan...
takkan affect other users kan

NAZA Sat Aug 09, 02:15:00 AM

good idea

naza

http://enaza.blogspot.com

MamaHawra Sat Aug 09, 02:16:00 AM

memang syok yer...especially kalo visit blog nemesis kita...hahaha

tapi tak effect pd user lain...kira mcm SS la...hehehe :D

cheryna zamrinor Sat Aug 09, 05:59:00 AM

adekah ini sebabnye beberape mende ilang dlm blog ku?

Eriyza Sat Aug 09, 10:49:00 AM

Razifembi, ianya berfungsi pada blog dan juga laman web. Edit ler blog nih kalo suka. ;)

Zamz, blog asal takkan rosak sbb ini cuma trick javascript. ;))

Naza, thanks. :D

Hawra, benda nih just for fun. :p

Cheryna, daku ler orangnya yang telah menghackers blog kamu. =))

Anonymous

kalau ada trick bleh rip code sekali okey gark tu uhuhu. (gelak setan sat) =))

Faisal Admar Sun Aug 10, 02:59:00 AM

haha sangat menarik okeh!
konon2 hacker la... =))

Anonymous

anda ditangkap sebab mengedit blog bm =))

menda ni bagus utk ssiapa yang ada niat jahat. haha...

Anonymous

Info yg menarik..
thanks!! ;)

Eriyza Tue Aug 12, 04:40:00 PM

Ien, kalo ada trick gitoo, blog Ien laa paling byk depa wat sbb cute. ;)

Faisal, kekonon hackers??
Ya gak. Hehehe!!! ;))

BlogMenjerit, nak tangkap mengikut seksyen
baper nih?? Ampunkan daku pak BM, daku tidak bersalah. =))

Khairul Anam, sama². :D

Anonymous

haha...sgt menarik info neyh!!

Eriyza Thu Jan 08, 02:22:00 PM

Anonymous : Trik aje nih. :D

Pentadbir Thu Mar 12, 11:46:00 AM

xfahamla letak bawah address bar

Eriyza Thu Mar 12, 12:20:00 PM

Guzairy : Kod tuh letak jer kat address bar. Alah tpt yg kita taip http://bla.bla tuh. :)

Anonymous

sy tak pham la...addres bar yg mne satu ye...

Eriyza Sun Apr 12, 10:33:00 AM

Anonymous : Address bar tuh tempat kita taip alamat blog atau web spt http://eriyza.via.my

cikgu li Fri Aug 27, 05:54:00 AM
This comment has been removed by the author.
cikgu li Fri Aug 27, 10:28:00 AM

Minta izin mengambil info ini ye...:)

Eriyza Sun Aug 29, 10:12:00 AM

cikgu li : Silakan.

Post a Comment

Gunakan tatabahasa yang betul sewaktu menulis komentar agar mudah difahami oleh penulis. Terima kasih. :-)

Sila ambil perhatian perkara² berikut :-

1. Tinggalkan nama dan url blog atau laman web anda.
2. HTML tag seperti <b>, <i>, <a> boleh digunakan.
3. Sila berhemah di dalam berbahasa.