Aug 3, 2008

Selamat Hari Lahir Blogku

Hari ini genap empat tahun blog ini penulis paparkan kepada umum. Sewaktu kali pertama menulis di blog ini dahulu, penulis berasa begitu janggal untuk meluahkan apa saja di laman blog ini. Pelbagai gaya bahasa yang penulis gunapakai di blog ini, sama ada bahasa pasar atau bahasa standat. Pelbagai ilham juga telah penulis curahkan sepanjang menjadi seorang bloggers. Dahulu penulis banyak menulis tentang diri sendiri, maka banyaklah topik luahan perasaan penulis dapat anda baca. Kemudian, penulis mula beralih kepada topik yang lebih bermanfaat dengan berkongsi sedikit ilmu komputer yang penulis ada.


Jika punya kelapangan masa, penulis gemar bereksperimen dengan tema blogspot yang ditawarkan. Penulis banyak belajar mengedit tatarias blog ini daripada Delang, Ien dan BlogMenjerit. Jutaan terima kasih penulis ucapkan kepada mereka. Ketika penulis berblog dahulu, hanya segelintir sahaja rakan² penulis mempunyai blog. Selebihnya sekadar menjadi pembaca sahaja tetapi senario itu berubah kini apabila lebih ramai orang mula terbabit di dalam pembikinan blog. Malah, pemimpin² politik juga sudah pandai menulis blog peribadi.

Lebih menggembirakan saat itu, orang yang paling penulis sayangi juga mempunyai blog. Justeru, blog dia adalah antara blog wajib yang penulis baca setiap hari. Tetapi kini, semua itu sudah menjadi sejarah. Ianya hanya tinggal sebagai memori terindah di dalam hidup penulis.

Jika blog ini adalah seorang budak, tentu sahaja kini ia sudah menjadi kanak² yang comel. Namun, ia hanyalah sebuah nukilan hasil tulisan seorang gadis bernama Eriyza. Terima kasih kerana berkunjung ke sini sama ada anda pertama kali melawat ke blog ini atau pengunjung tegar yang sentiasa ke sini. Terima kasih di atas dorongan dan sokongan anda.

12 Comment

iEn Mon Aug 04, 12:06:00 PM

tahniah and congrats :)

cHeRyNa PiReS Mon Aug 04, 09:15:00 PM

happy buffday...
eh2...blog kite sebaye:D

Mr. Azman Mon Aug 04, 09:49:00 PM

Wah~ dah birthday dah blog nih..
Tahniah tahniah... sungguh tak sangka ek.

Semoga lepas ni memperbanyakkan lagi entri yang menarik tertarik kau memang de-bomb~

Hahahah..
Kreuger®

Eriyza Tue Aug 05, 01:52:00 PM

Ien, terima kasih wahai guru blogku. :x

Cheryna, blog kita sama umuq tp blogku
lagik senior dr blogmu. Kekeke!!! ;))

Mr. Azman, terima kasih sbb sudi jenguk
blog picisan nih. ;)

cHeRyNa PiReS Tue Aug 05, 11:46:00 PM

ko sure blog mu lagik senior ke cik eriy?
rasenye aku dah sambut buffday bulan lepas...hehehe...

Eriyza Wed Aug 06, 12:48:00 PM

Ye ke Cheryna?? :-o
Kalo gitoo daku junior dikau laa. b-(

Mohd Kamal Wed Aug 06, 06:55:00 PM

Hepi Bestdei to ur blog & to me..

ad3ck Wed Aug 06, 09:38:00 PM

wah tahniah. neh kire senior blogger neh ehehehe.

Eriyza Thu Aug 07, 11:05:00 AM

Mohd Kamal, heppi burfdei to u.
Semoga berbahagia selalu. :)

Ad3ck, cheq ni nama je senior tp
byk lagik pelu dipelajari. ;)

Ismail N Thu Aug 07, 02:40:00 PM

Happy Belated Birthday for your blog. First time datang blog ni. Nice blog. Keep up the good work.

Mohd Kamal Fri Aug 08, 12:46:00 AM

Apa la hangpa semua ni, sorang pun tak bagi hadiah kat dia. hmmm.."Tengok Sana Sini" rasa berbesaq hati nak bagi hadiah kat Eriyza. Sila klik di sini Tengok Sana Sini untuk claim hadiahnye. Peace

Eriyza Wed Aug 13, 02:16:00 PM

Ismail N, thank you. :)

Mohd Kamal, nanti sy amik hadiahnya. ;))

Post a Comment

Gunakan tatabahasa yang betul sewaktu menulis komentar agar mudah difahami oleh penulis. Terima kasih. :-)

Sila ambil perhatian perkara² berikut :-

1. Tinggalkan nama dan url blog atau laman web anda.
2. HTML tag seperti <b>, <i>, <a> boleh digunakan.
3. Sila berhemah di dalam berbahasa.