Sep 13, 2008

Alahai Ida Nerina


Siri penjelajahan The Amazing Race Asia (TARA) musim ketiga kembali lagi ke kaca tv. Rancangan ini disiarkan menerusi channel Astro AXN 701 pukul 9 malam setiap Khamis. TARA kali ini disertai oleh 10 kumpulan dan antara kumpulan tersebut ialah pasangan Ida Nerina dan Tania Khan.



Kredit Untuk Kelapa Nyor Atas Video Ini.

Penulis tidak mahu bercerita tentang kumpulan² lain yang menyertai TARA tetapi hanya ingin menyentuh sedikit mengenai aktres Ida Nerina yang terlibat di dalam program tersebut. Episod satu 11 September lalu, penulis menonton TARA, antara tugasan yang perlu disiapkan oleh setiap peserta ialah makan semangkuk makanan eksotik negara Thai. Antara bahan² di dalam hidangan tersebut ialah kala jengking, katak, berengga dan lain².

Mahu atau tidak, Ida Nerina telah menghabiskan makanan tersebut bersama rakannya. Penulis rasa pada masa itu, dia langsung tidak sempat berfikir samada makanan itu halal atau haram, yang penting tugasan perlu diselesaikan. Nampaknya TARA tidak peka dengan kehadiran seorang muslim di dalam program kali ini. Justeru, orang Islam perlu fikir banyak kali untuk menyertai program antarabangsa. Kalau nak masuk juga, pilihlah Explorace Malaysia.

19 Comment

Unknown Sun Sep 14, 05:49:00 PM

ida nerina ni dh mcm2 cerita dengar...dh bosan dgn artis malaysia...dh la kebanyakannya bakat x seberapa...kontroversi je lebih :p

Eriyza Sun Sep 14, 06:19:00 PM

Betul tuh Zariel. Ida Nerina mmg byk kontroversi. Herm!!! :|

Narina Joe "Najo" Sun Sep 14, 09:43:00 PM

ha'a ek. tak penah terfikir plak isu camni bleh timbul. thanx for sharing. tq sebab menyinggah jugak. exchange link bole..? i've linked yours!=)

mkaw77 Sun Sep 14, 09:59:00 PM

agak nyer dia dh abih pikiaq kot.. jgn ketagih dh la!! apa la rasa menatang tu sumo??

Eriyza Sun Sep 14, 11:27:00 PM

Najlaa Raihana, agaknya depa nih kurang peka dgn sensitiviti umat Islam. :(

Mohd Kamal, heharap laa dia tak ketagih. Kang naya jer. Hehehe!!! :)

@LiYaNNuaR ツ Mon Sep 15, 10:30:00 PM

kalau digoreng tentu sodap! huhuhu... geli tokak den!

Eriyza Mon Sep 15, 11:10:00 PM

Tak pasti plak hidangan tuh digoreng ke tak tapi yg pasti habis licin depa makan. ;)

Anonymous

dulu ade gak nak join amazing race.. tp fikir balik explorace kot agaga

Samdaddycool Wed Sep 17, 07:25:00 AM

... menghabiskan makanan dalam mangkuk tu = mangkuk ayun! :P

Eriyza Wed Sep 17, 02:26:00 PM

Tekong, elok gak join explorace. ;)

Samdaddycool, tau takpe. Hehehe!!! ;))

razifembi Wed Sep 17, 02:40:00 PM

la .... apa punya orang Islam ni...memalukan..

perbuatan menjatuhkan nilai agama di khalayak ramai ...

Eriyza Wed Sep 17, 09:14:00 PM

Razifembi, heharap laa dia mintak ampun bebyk ngan Allah. Mudah²an Allah ampunkan. :)

Anonymous

Saya pn pelik lah, yelah ida nerina islam ke atau bukan islam. Baru2 ni di taiwan dia makan taufu busuk (makanan org taiwan). Ida nerina tu org islam ke bukan?

Anonymous

Tanpa Nama, agaknya Islam kot.

Anonymous

kalo bab tauhu tu rasenyer haram..tp kalo kala jengking or ape ntah takat goreng jer boleh kut..tentera kita boleh je telan biawak,ular,,,

Anonymous

Tanpa Nama, camtuh plak eh. Sy tak arif sgt ttg hukum hakam nih, jd x berani nak komen.

Anonymous

rasanya biawak ular tu kalau darurat je kot..bukannya saja2 pi makan kan..

ntahlah diorang ni mmg tak sensitif pun tapi dah masuk patutnya dia tau la what to expect..

Anonymous

Camtuh laa Zamz. Nampaknya orang Islam kena pk panjang seblum melibatkan diri dalam aktiviti antarabangsa sbb depa nih x sensitif langsung dgn agama kaum lain. :(

ARLIZAM Sun Jan 11, 02:16:00 AM

I RESERVE MY COMMENT

Post a Comment

Gunakan tatabahasa yang betul sewaktu menulis komentar agar mudah difahami oleh penulis. Terima kasih. :-)

Sila ambil perhatian perkara² berikut :-

1. Tinggalkan nama dan url blog atau laman web anda.
2. HTML tag seperti <b>, <i>, <a> boleh digunakan.
3. Sila berhemah di dalam berbahasa.