Sep 26, 2008
Salam Aidilfitri 1429 H
Tinggal beberapa hari sahaja lagi, Ramadhan akan berlalu pergi dan Syawal menjelma tiba. Seperti kelaziman yang sering dilakukan oleh setiap insan, bermaafan antara satu sama lain menjadi kemestian. Justeru, di kesempatan ini, penulis menyusun sepuluh jari memohon kemaafan daripada rakan² sekalian di atas segala kekhilafan penulis samada disedari atau tidak disengajakan.
Tidak kiralah penulis mengenali anda melalui blog, forum, yahoo messenger, internet relay chat, sms dan lain² medium yang membolehkan kita berhubung antara satu sama lain. Gurauan penulis sepanjang berkenalan dengan kalian mungkin ada yang mengguris hati meskipun kadangkala tidak terniat untuk menyakiti hati sesiapa.
Selamat Hari Raya Aidilfitri penulis ucapkan buat semua pembaca blog ini yang beragama Islam. Maaf zahir dan batin tulus ikhlas dari hati penulis. Terima kasih di atas sokongan kalian terhadap blog ini. Tanpa kalian, blog ini umpama kelas tiada pelajar. Berhati² di dalam perjalanan ke destinasi pilihan. Semoga berbahagia bersama insan tersayang di pagi Syawal. Jangan lupa menziarahi pusara kaum keluarga yang telah tiada, sedekahkanlah al fatihah sebagai tanda kasih yang berpanjangan buat mereka.
Para sahabat, jika tidak keberatan, marilah sedekahkan Al-fatihah buat arwah bonda penulis iaitu Hajah Zaliha Binti Zaharah. Kali pertama beraya tanpa bonda, tidak dapat penulis gambarkan perasaan sayu menjelang hari itu. Al-fatihah.
Date :
Friday, September 26, 2008
Tags :
Daily Notes
20 Comment
Selamat Hari Raya Idulfitri..
Maaf Zahir & batin.
Al fatihah...
Ermmm samalah kita bab mak saya pun arwah dua bulan lepas.. ayah plak tahun lepas.. so ini pun raya pertama saya tanpa kedua ibu dan bapa...
Sabar ek... saya faham sangat perasaan awak...
Selamat Hari Raya Aidilfitri.. Maafkan saya jikalau ada salah dan silap sepanjang kita kenal..
Adry @ http://www.adrysabry.com
saya juga mahu mohon ampun & maaf sama kamu
selamat hari raya
maaf zahir batin
semoga ceria di aidilfitri
Mohd Kamal, Selamat Hari Raya Aidilfitri.
Maaf zahir dan batin. :)
Adry, mudah²an saya dan kamu tabah menghadapi 1 Syawal tahun ini meskipun tanpa bonda kesayangan.
Aeropama, saya juga mohon maaf di atas segala kekhilafan saya. :D
Eiza, salam lebaran buat saudari.
Semoga sentiasa dirahmati Allah. :X
selamat hr raya, maaf zahir batin!!:D
selamat hari raya... maaf zahir dan batin dari kami sekeluarga :)
Najlaa Raihana, selamat hari raya.
Maaf zahir dan batin. :)
Zariel, selamat hari raya aidilfitri.
Maaf zahir dan batin ikhlas dari hati. ;)
Al-Fatihah,muge ditempatkan dlm golongan2 yg beriman..
p/s: nak ucap slamat hari rayeee maap zahir batin sebelum balek kampung pagi nanti kekeekek (huwaaarrghh! ngantok) slmt berposa hehee
Ien, selamat hari raya aidilfitri.
Maaf zahir dan batin. :D
salam. first time here.
alfatihah buat bonda saudari.
selamat manyambut hari raya aidilfitri.
btw. nice blog. sgt pinky and kemas CSS nye. pandai jugak main Ajax dgn DHTML kewl2..
Wsalam myadlan.
Terima kasih krn sudi bertandang.
Selamat hari raya aidilfitri. :)
Selamat Hari Raya, maaf zahir batin ye Kak Eryza. Al-fatihah buat arwah, moga dia ditempatkan bersama orang-orang yang soleh..
Selamat hari raya MK.
Maaf zahir dan batin. :)
this is my first visit... but, happy eid...
Eid mubarak Zhfr.
Tq 4 coming. :)
Salam Aidilfitri buat Eriyza..Smga tabah menjalani dugaan hidup..ikhlas dr suki & akira..
Akira Sendoh, terima kasih bebanyak.
Salam aidilfitri buat kalian. :D
Salam lebaran, moga2 kaya dapat mengutip duit raya ya..he..
Ibnmasir, selamat hari raya.
Mana duit raya tuk sy?? ;)
Post a Comment
Gunakan tatabahasa yang betul sewaktu menulis komentar agar mudah difahami oleh penulis. Terima kasih. :-)
Sila ambil perhatian perkara² berikut :-
1. Tinggalkan nama dan url blog atau laman web anda.
2. HTML tag seperti <b>, <i>, <a> boleh digunakan.
3. Sila berhemah di dalam berbahasa.