Sep 24, 2008
Zakat Fitrah
Zakat fitrah adalah rukun islam kelima. Zakat fitrah ditunaikan oleh umat Islam pada setiap kali Ramadhan menjelma. Sudahkah para sahabat sekalian menunaikan zakat fitrah masing²?? Bagi lelaki yang menjadi ketua keluarga, jangan lupa mengira jumlah ahli keluarga anda dengan betul sebelum pergi ke kaunter bayaran zakat. Jangan sampai ada ahli keluarga yang tertinggal, nanti kena pergi bayar semula.
Bagi orang bujang macam penulis, jangan segan dan malu untuk pergi menunaikan ibadah zakat pada amil bertauliah di sekitar anda. Pada rakan² sekalian, selamat berzakat fitrah. Zakat fitrah membawa berkat. Semoga kalian semua beroleh rahmat.
Tags :
Daily Notes
12 Comment
baru tadi che'aben sya menjelaskan zakat fitrah kat GreentownMall... settle le dah! hehehe
19zim nak tanya, kenapa kat tempat 19zim cume RM5.20 .Ade currency rate berbeza ke kat malaysia ni
Latest post Tagged by cikin
AliyaAnnuar, syukurlah kalo dah tunaikan ibadah zakat. :)
19zim, seme negeri di dalam Malaysia nih berbeza kadar kutipan zakat. Ada sesetengah negeri ada satu pilihan je tetapi kat Terengganu tahun nih ada 3 pilihan. So, kena bayar mengikut kemampuan ekonomi masing². ;)
sangat bagus posting ko nieh...
mengingatkan semua:D
Aku dah selesai bayar Zakat... hehehe
Adry @ http://www.adrysabry.com
Cheryna, pesan memesan lam bulan posa nih. :)
Adry, baguslah dah menunaikan ibadah zakat. :D
esok baru nak p bayaq..
Mohd Kamal, jangan lupa plak bayaq esok noo.
Selamat menunaikan zakat fitrah. :)
selamat hari raya
maaf zahir batin
p/s: nak duit raya !!
Enchek Camera, selamat hari raya.
Maaf zahir dan batin. :)
hm. kt terengganu ada tiga harga ye? selalunya da fixed price.
mungkin sebab skrg beras ada macam2 gred. ada beras mahal dan murah. tu pasal zakat kat sana ada 3 harga kot..
Myadlan, kat sini mmg slalu ada 2 atau 3 harga kadar bayaran zakat. Jarang sgt ada 1 harga je.
Post a Comment
Gunakan tatabahasa yang betul sewaktu menulis komentar agar mudah difahami oleh penulis. Terima kasih. :-)
Sila ambil perhatian perkara² berikut :-
1. Tinggalkan nama dan url blog atau laman web anda.
2. HTML tag seperti <b>, <i>, <a> boleh digunakan.
3. Sila berhemah di dalam berbahasa.