Oct 28, 2008

Pemberitahuan!!!


Pengumuman penting. Penulis blog ini telah memutuskan untuk memiliki sebuah lagi blog peribadi. Justeru, berkemungkinan blog ini akan semakin jarang dikemaskini atau mungkin saja dijadikan arkib sejarah. Penulis belum membuat keputusan muktamad berkenaan hal tersebut.


Penulis ingin mengucapkan jutaan terima kasih kepada semua pelawat blog ini. Kehadiran anda sekalian telah menceriakan lagi blog ini dengan peningkatan trafik dan komen yang membina. Pelawat yang lebih suka berdiam diri dari meninggalkan sebarang jejak juga amat penulis hargai. Sokongan dari anda selama ini menjadi inspirasi buat penulis untuk terus berkarya. Penulis telah memenangi sebuah hosting percuma yang ditaja sepenuhnya oleh seorang rakan bloggers. Jadi, buat masa ini, penulis akan belajar untuk menggunakan blog tersebut yang tidak berpelantarkan Blogspot. Untuk itu, penulis akan berkarya di sana pula.

9 Comment

zariel Tue Oct 28, 11:52:00 PM

huhu... adakah? adakah? adakah pemenang contest menteil tu?? huhuhu

Eriyza Wed Oct 29, 12:00:00 AM

Zariel, cheq x sertai peraduan yg Menteil adakan. Hehehe!!! :)

cHeRyNa PiReS Wed Oct 29, 04:08:00 PM

waaa...hebat aaa...lepas nieh leh la ade eriyzaqistina.com ek...:D

Hawra Wed Oct 29, 04:57:00 PM

tak kisah la aunty nak blogging kan mana2 pun aunty...janji bagitau kita blog add tu yer! :D

Eriyza Wed Oct 29, 08:53:00 PM

Cheryna, cheq tumpang hosting orang je tp diberi kebebasan tuk berblog mengikut idea seniri. :)

Hawra, sudi²kanlah bagi komen kat setiap topik di blog baru aunty. Hehehe!!! :X

Mohd Kamal Thu Oct 30, 08:42:00 PM

jgn lupa daku jua..

Eriyza Thu Oct 30, 10:33:00 PM

Mohd Kamal, klik aje kat http://eriyza.aeropama.com/

@LiYaNNuaR Sun Nov 02, 08:05:00 PM

jgn lupakan daku jugaks...

Eriyza Sun Nov 02, 09:11:00 PM

AliyaAnnuar, sila ke http://eriyza.aeropama.com/ untuk blog baru. :)

Post a Comment

Gunakan tatabahasa yang betul sewaktu menulis komentar agar mudah difahami oleh penulis. Terima kasih. :-)

Sila ambil perhatian perkara² berikut :-

1. Tinggalkan nama dan url blog atau laman web anda.
2. HTML tag seperti <b>, <i>, <a> boleh digunakan.
3. Sila berhemah di dalam berbahasa.