Oct 23, 2008

Si Kecil, Si Ibu Dan Setin Biskut


Seorang anak kecil gembira selepas dia menghabiskan setin biskut bersama rakan²nya sewaktu ibunya tiada di rumah. Pada anggapannya, biskut itu dibeli oleh ibunya untuk ahli keluarga yang lain. Justeru, tanpa sebarang rasa was², kanak² tadi telah menjamu biskut tersebut kepada rakan²nya sebagai tanda meraikan tetamu yang hadir bertandang di rumah. Tentu saja anak kecil itu tidak tahu memasak sajian istimewa. Usai bermain, biskut di dalam tin itu cuma tinggal keladak, tiada lagi kepingan biskut yang enak.


Setelah pulang ke rumah, si ibu mencari² tin biskut yang dibelinya semalam. Sambil bertanya kepada anak sulung dan si kecil tadi, si ibu kelihatan gusar kerana tidak menjumpai biskut itu. Si anak kecil kehairanan, apa istimewanya biskut itu sehinggakan ibunya mencari sekeliling rumah seolah² ia satu benda yang penting. Rupa²nya biskut itu si ibu beli kerana dikirim oleh rakannya, bukan untuk ahli keluarganya. Apabila si kakak cuba meneka bahawa si kecil itu yang memakannya, si ibu menolak dakwaan itu. Si kecil terharu dengan kepercayaan ibu terhadap dirinya.

Keesokkan harinya, si kecil pergi ke sebuah pasaraya untuk membeli biskut yang sama. Si kecil memecahkan tabung wangnya untuk menggantikan semula biskut itu. Sewaktu dia sedang mencapai tin biskut tersebut, si ibu berdiri di hadapannya. Si kecil terkujat, sahih tembelangnya pecah ketika itu.

Setibanya di rumah, si kecil memeluk ibunya seraya meminta maaf sambil menangis teresak². Bukan niat si kecil untuk menyorok kesalahannya tetapi si kecil tidak mahu merosakkan kepercayaan ibunya. Si ibu menasihati si kecil agar tidak berbohong lagi. Si kecil berjanji tidak akan mengulanginya lagi. Sedu-sedannya masih belum berhenti dan pelukannya semakin erat.

Penulis sedikit emosi melihat hubungan ibu dan anak tersebut. Terasa kagum dengan si kecil yang sanggup mengaku kesalahannya, meski pun ia cuma bertitik tolak dari masalah setin biskut. Namun, ia memberi pengajaran dari sudut nilai kejujuran dan tanggungjawab. Kasih sayang sesama ahli keluarga kekal abadi meski pun kadangkala ada perselisihan faham berlaku. Usah malu untuk mengaku salah sekiranya kita benar² tersilap langkah. Mungkin kita akan sedikit malu untuk mengakui tetapi impaknya akan menjadi lebih besar jika pembohongan itu berterusan.

7 Comment

Adry Fri Oct 24, 01:00:00 AM

errrrrrr :-*

Anonymous

laah...kisah benar ke ni?
k lin ingtkan cerpen tadi :)

Anonymous

Kadang2 kita kena percaya apa yang diperkatakan oleh budak2 kecil... Mungkin cara penyampaian mereka mengelirukan kita... Tapi kepercayaan yang kita bagi akan dibalas oleh kepercayaan mereka keatas kita...

Latest post Busy...

Anonymous

Adry, ok laa tuh. ;))

Akak Zalin, citer nih adalah secebis dari kesah masyarakat, sy adaptasikan dalam topik nih. :)

Anonymous

19zim, betul gak tuh. Kekadang bebudak x reti nak beri penjelasan. :)

Anonymous

kalau dah malu nak ngaku salah camana ek...almaklumla kita ni pemalu hehehe

Anonymous

Zamz, walo pemalu skalipun, kena beranikan diri tuk mengaku kesalahan yg dilakukan. Mudah²an ia akan menjernihkan kembali keadaan. :)

Post a Comment

Gunakan tatabahasa yang betul sewaktu menulis komentar agar mudah difahami oleh penulis. Terima kasih. :-)

Sila ambil perhatian perkara² berikut :-

1. Tinggalkan nama dan url blog atau laman web anda.
2. HTML tag seperti <b>, <i>, <a> boleh digunakan.
3. Sila berhemah di dalam berbahasa.