Feb 23, 2009

Membuat Mukasurat Dalam Blog


Minggu lepas Sisyahid bertanyakan kepada penulis tentang cara untuk membuat mukasurat atau pages di dalam blog. Setakat ini, Blogspot belum menyediakan servis seperti itu yang ada di Wordpress. Namun begitu, anda masih boleh membuat mukasurat anda sendiri dengan menggunakan perkakas sedia ada.


Lazimnya penulis akan membuat mukasurat dengan cara² yang bakal penulis tunjukkan sebentar lagi.

1. Login ke Blogspot.

2. Pilih New Post.

3. Tulis topik yang anda ingini sama ada Penulis, Hubungi, Email atau apa² saja.

4. Pada bahagian Post Options, ubah tarikhnya agar topik itu tidak muncul di paparan hadapan blog anda. Misalnya tarikh hari ini 23/02/2009, anda tukarkan saja ke 23/01/2009. Seterusnya Publish Post tersebut.

5. Sekiranya blog anda ada menu navigasi seperti contoh di bawah, anda cuma perlu pautkan sahaja topik yang anda buat tadi ke situ.


Kalau menu navigasi tersebut tiada, anda boleh membuat menu navigasi online atau dengan mengikuti langkah² di bawah.

1. Layout - Page Elements.

2. Add A Gadget - Pilih Link List.

3. Isikan maklumat yang diperlukan di dalam kotak tersebut berdasarkan mukasurat yang telah anda buat tadi.

Contoh :

Title = Pages
New Site URL = http://eriyzaqistina.blogspot.com/2009/01/penulis.html
New Site Name = About Me

4. Kemudian klik Save.


Inilah hasilnya.

Siap. Itu saja caranya. Selamat mencuba. Semoga berjaya.

18 Comment

Mohd. Shahrul Nizam Bin Aris Tue Feb 24, 03:11:00 AM

Assalamualaikum...
Boleh eriyzaqistina tunjukkan tutorial untuk dapatkan widget ini x, setelah puas saya mencuba barulah bertanya kepada awak. cam susah je tp menarik.

-Flickr RSS feed (step ini yang saya x tahu)

http://www.roytanck.com/get-my-flickr-widget/

Eriyza Tue Feb 24, 12:03:00 PM

Mohd. Shahrul Nizam Bin Aris : Sy pun kurang paham cara tuk mengisi form tuh. Maaf ye.

D@U$ Tue Feb 24, 07:16:00 PM

ASSALAMUALAIKUM WAHAI PENULIS YANG BUDIMAN...
CIK ERIYZA YANG TELAH KU KENAL LAMA..
LAMA KE?HEHEHE
nk request tutorial ni...
sis, gane nok wat icon dekat tempat komentar tu?
daus tengok doh tutorial trik tips buat tapi dok paham sute abok...
mitok tulong sis ajor neh..
buleh dok?
kalu x leh dakpe la..
se lagi nok tanye, bakpe ayat kat komen ni hok bowoh sekali dok berapa nok napok?

sis paham x base teranu ni?
kalu x paham bukan anak jati le...
hehehe

Eriyza Tue Feb 24, 10:35:00 PM

Daus : Ikon di tpt komentar?? Smiley ke apa??
Kurang paham soklan kamu meskipun anak jati Terengganu. :)

Nitnut Fri Feb 27, 10:43:00 AM

Thanks for the tips...great blog

Eriyza Fri Feb 27, 11:23:00 AM

Nitnut : Thank you. :)

Anonymous

sy dah wat ape yg disuruh...n sy dapat wat nya....tp apbila view blog sy n tekan botton(Home,about me) ia tak berfungsi pn...ia same dgn page utama je

Eriyza Fri Apr 10, 01:46:00 PM

Anonymous : Tinggalkan url blog kamu tuk sy semak. Mungkin kamu terlupa memasukkan pautan ke laman yg telah kamu buat.

Anonymous

seharian mencoba...akhir nya dapat la wat jg...tp sy wat menggunakan new post....tp yg masalah nya...apb sy wat kat new post...cth nya about me...nanti ia muncul kat blog archive...mmg sepatutnye ade kat blog archive ke????tak leh sembunyikan nye ke??

Eriyza Sun Apr 12, 10:40:00 AM

Anonymous : Kat atas tuh sy dah tulih pilih new post. Ia mmg akan muncul dlm archive sbb kita wat lam topik. Tukarkan saja tarikhnya spt step ke4.

hz wan Sun Apr 12, 08:55:00 PM

hai...nk tanye...boleh tak klau blog sy dilengkapi sistem download...download lagu ke citer ke...boleh ke???lg kene bayar ke???

Eriyza Mon Apr 13, 10:19:00 AM

Hz Wan : Letak tuh bleh tp melanggar hak cipta penerbitan lagu / filem tesebut jer. ;)

hz wan Mon Apr 13, 10:55:00 AM

owh...klau cmtu takpela..thanks

Eriyza Mon Apr 13, 02:19:00 PM

Hz Wan : Sama².

Anonymous

salam..~

saya da wat seperti kat atas.. pilih new post dan tukar tarikh supaya topik itu tidak muncul di paparan hadapan blog tapi topik yg di post tu ttp muncul kt hadapan blog dan archive..boleh x tolng?

Eriyza Sun Jul 12, 01:49:00 PM

Anonymous : Pastikan anda telah mempunyai topik yg banyak untuk membuatkan topik page anda berada di blkg. Mana alamat blog anda??

Anonymous

Owh mcm tu ke.. ok2 phm.. maknanya kena post topik bnyk2 dlu so bila new post/topik yg ditukar tarikh tu dipost, ia akan tersorok ke belakang.. dan maknanya juga kalau readers explore smpai abis, readers akan jumpa juga la pages yg kita buat tu diruang posting selain kt menu navigasi..kn..? blog sy xde pape lg..skarang just dlm proses explore blogspot.. anyway thanx a lot! :D

Eriyza Mon Jul 13, 12:45:00 PM

Anonymous : Yup, kalo pembaca membaca semua isi blog, dorang akan jupe pages yg awak wat. :)

Post a Comment

Gunakan tatabahasa yang betul sewaktu menulis komentar agar mudah difahami oleh penulis. Terima kasih. :-)

Sila ambil perhatian perkara² berikut :-

1. Tinggalkan nama dan url blog atau laman web anda.
2. HTML tag seperti <b>, <i>, <a> boleh digunakan.
3. Sila berhemah di dalam berbahasa.