Mar 3, 2009

Domain Percuma Untuk Blogspot


Sejak penulis menukar domain blog ini dari blogspot.com kepada via.my 25 Februari lalu, ramai pula bloggers lain yang bertanyakan tentang domain ini. Oleh kerana penulis sudah mengagak domain ini akan mendapat perhatian, maka penulis telah meminta keizinan daripada penulis asalnya untuk berkongsi pula di blog ini. Domain ini adalah percuma. Anda cuma perlu mengikuti beberapa langkah untuk membuatnya.



1. Masuk ke laman web Zonestraits. Pilih subdomain dan domain. Anda boleh memilih domain sama ada via.my, opensource.my, ha.lt.my, is.tux.my atau inter.net.my. Selepas itu daftar.


2. Klik pada Zone Management. Tekan Save Service.


3. Pilih Add pada DNS Management. Di bahagian Type pilih CNAME (Canonical Name). Untuk Data pula isikan ghs.google.com. Akhir sekali tekan Add record.

Anda sudah selesai membuat domain baru. Kini, anda perlu menambah setting pada blogger untuk memastikan domain anda boleh digunakan.


1. Login ke Blogspot.

2. Pilih Settings - Publishing.

3. Pada bahagian Your Domain tulis domain baru yang telah anda buat.

4. Isikan maklumat di Word Verification dan klik Save Settings.

Voila. Anda sudah pun berjaya menukar domain blog anda sepenuhnya. Anda tidak perlu risau seandainya rakan² anda tidak tahu tentang alamat baru blog anda kerana jika mereka masih menaip http://eriyzaqistina.blogspot.com, blog itu akan dibawa secara automatik ke http://eriyza.via.my. Jadi, anda tidak akan kehilangan peminat setia blog anda.

Apa tunggu lagi?? Daftarlah segera domain untuk blog anda. Kalau anda berjaya membuat domain tersebut berdasarkan tutorial blog ini, berilah sedikit komen. Terima kasih.

Via | Kredit : Khai

37 Comment

@LiYaNNuaR Tue Mar 03, 09:05:00 AM

thanks Eriyza... mmg mcari2 domain nih... dan masih belum tahu nak pilih yg mana... ada masa nanti... bole la torai domain yg ini...

AKURO SAN Tue Mar 03, 09:54:00 AM

salam.
saya nak tanya, apa kelebihan tukar domain ni? ada apa2 masalah ker klu kita still pakai yg blogspot nyer?
(just nak tahu...)

Eriyza Tue Mar 03, 11:29:00 AM

@AliyaAnnuar : No hal, bila bepeluang tuko laa yer. :)

Eriyza Tue Mar 03, 11:32:00 AM

@Akuro San : Wsalam. Takde poblem kalo maseh nak guna domain blogspot. Domain percuma ni sebenonya lebeh ringkas dr yg asal, lg pun kelihatan menarik. Menariknya, ia boleh bertuko secara automatik ke domain baru walopun anda menaip alamat blog yg lama. :)

D@U$ Tue Mar 03, 03:52:00 PM

asalnya daus nak request ngan kak eriy tapi daus cuba taip via.my kat google,pastu kuar zonestraits.
daus cuba buat...
tapi x jadik...
daus cari lagi kat google cara tukar domain via ni pastu jumpa kod ghs.google.com
apa motif daus bagitau ni?
saje nak bagitau yg daus x ikut tutorial sis.

Eriyza Tue Mar 03, 10:01:00 PM

Daus : Tak kisahlah amik dr mana pun asalkan dapat wat. Tak semestinya perlu rujuk pd satu sumber saja. :)

umar_skyscooter Tue Mar 03, 11:45:00 PM

die bleh tukarkan url blogspot kita kepada dot com saje leh x? contohnya cam URL http://abc.blogspot.com dan ditukarkan kepada http://abc.com ...leh x?

Eriyza Wed Mar 04, 12:35:00 AM

Umar Skyscooter : Takleh. Hanya bleh tukar dari blogspot.com kepada via.my sahaja.

EiNS Wed Mar 04, 09:25:00 PM

Umar, kalo kamu ad beli domain .com maka boleh redirect blog blogspot kamu itu...

cara2nya lebih krg sama ja...

detailzsoft Wed Mar 04, 10:45:00 PM

mantap atuh tipsnya
tapi sayang aku tinggal di indonesia
takutnya gak mendukung

mbak eryza, boleh tukeren link gak?
link mbak sudah saya pasang, silakan cek di http://detailzsoft.blogspot.com/2008/07/link-teman-temanku.html
mohon link back nya, trims

Eriyza Wed Mar 04, 11:24:00 PM

Eins : Terima kasih atas makluman. :)

Rya Rizyana Thu Mar 05, 10:50:00 PM

eriyza, dh berjaya tukar domain.. tq for the instruction... :)

Eriyza Thu Mar 05, 11:26:00 PM

Detailzsoft : Okey.

Eriyza Thu Mar 05, 11:27:00 PM

Rya Rizyana : Tahniah. Sama². :)

Tsaqif Mon Mar 09, 03:24:00 PM

syukran yah!!
happy sangat ni....

Eriyza Mon Mar 09, 09:38:00 PM

Tsaqif : Sesama. :)

! - $ # @ Tue Mar 10, 09:57:00 AM

yuhuuuu... awak.. da try dah.. tp last step tuh ta jadik.. bile da " ur blog is ready" bile nak view alek. ta moleh... error.. knp erks?

! - $ # @ Tue Mar 10, 10:08:00 AM

hehehe.. awak.. my 2nd try.. berjaye.. neway thankssssssss..........

Eriyza Tue Mar 10, 10:13:00 AM

! - $ # @ : Daftar guna domain apa?? Dah setup kat Zonestraits?? Cuba sekali lg, kali ni wat domain lain plak.

Eriyza Tue Mar 10, 10:47:00 AM

! - $ # @ : Tahniah ya. Sama². :)

SG Sat Mar 14, 08:14:00 PM

bile anda clik kat setting-publishing, sekiranya anda tidak jumpe page seperti print screen diatas, anda hendaklah terlebih dulu klik pada "Switch to:•Custom Domain"
kemudian clik pada advance settings...
:-)
mule2 saya pun tak jumpe page untuk tukar domain name kat blogspot....

Eriyza Sat Mar 14, 10:30:00 PM

SG : Terima kasih diatas perkongsian ilmu. :)

M.Amirul Aiman @ aemantaslim @ محمد اميرالايمان Tue Mar 17, 03:10:00 PM

tima kasih, tima kasih..

Eriyza Wed Mar 18, 12:50:00 AM

M. Amirul Aiman : Sesama.

M.Amirul Aiman @ aemantaslim @ محمد اميرالايمان Fri Mar 20, 11:17:00 PM

Tapi kan, lepas dah tukar via.my, boleh tak tukar balik ke blogspot.com kalau nak tukar?

Eriyza Sat Mar 21, 12:24:00 AM

M Amirul Aiman : Bleh, cuma padamkan domain kat publishing tuh jer.

Omg!ItsMrRoLL Mon Jun 08, 07:24:00 AM

thx! nak gune tutorial ni untuk co.cc :D

Seekers Tue Jun 09, 12:36:00 PM

Emm, domain via.my ni pun bagus juga.. tp masih ada kekurangannya.. domain free dr .co.cc pun bagus juga.. :)

Eriyza Tue Jun 09, 10:56:00 PM

Omg!ItsMrRoLL : Aha, bleh jer tp buh laa sedikit kredit. ;)

Eriyza Tue Jun 09, 10:58:00 PM

Seekers : Domain free mmg camtuh.

naDDy Fri Jul 24, 02:02:00 PM

hehe...dah jadi dah..tenkiu...

naDDy Fri Jul 24, 02:06:00 PM
This comment has been removed by the author.
Eriyza Fri Jul 24, 11:12:00 PM

naDDy : Sesama. :)

Encik Tue Sep 08, 01:02:00 AM

salam

tukar domain ni bagus untuk branding dan menunjukkan kita ni tersendiri

tq atas tutorial tersebut

tapi bagi blogger yang orientation bisnes lagi elok kalo extension tu .com atau .biz kan

Panduan Tukar Domain

Eriyza Tue Sep 08, 10:15:00 AM

Encik : Wsalam. Domain yg disebutkan tuh mungkin berbayar tp yg ni percuma. Apa pun, tepulang pada pilihan masing². Sesama.

sAzUwI Sun Dec 20, 02:43:00 AM
This comment has been removed by the author.
S@iFuL aMri_ Thu Mar 11, 09:37:00 AM

uih..

Post a Comment

Gunakan tatabahasa yang betul sewaktu menulis komentar agar mudah difahami oleh penulis. Terima kasih. :-)

Sila ambil perhatian perkara² berikut :-

1. Tinggalkan nama dan url blog atau laman web anda.
2. HTML tag seperti <b>, <i>, <a> boleh digunakan.
3. Sila berhemah di dalam berbahasa.