May 17, 2009

Berhenti Berblog


Selaku pemilik mutlak blog ini, penulis bercadang untuk menutup blog ini. Meskipun penulis belum membuat keputusan muktamad tetapi penulis asyik terfikir untuk berbuat demikian. Sebelum anda bertanyakan soalan bertubi², penulis sudah sediakan sebab musababnya.


Anda boleh membuat undian untuk menentukan nasib blog ini. Berikan alasan anda untuk jawapan yang anda pilih. Tidak mustahil penulis menurut keputusan yang diperolehi hasil daripada undian anda. Terima kasih.

Update : 19 Mei 2009

Undian sudah ditutup. Terima kasih kerana sudi memangkah.


Motif² penutupan :-

1. Mahu berblog di blog Eriyza.Aeropama.Com.
- Serius penulis malu dengan Aeropama kerana blog yang beliau taja jarang sekali penulis kemaskini. Tanpa disedari blog itu diblogtirikan kerana tumpuan penulis berikan kepada blog ini. Penulis tidak patut mengabaikan blog yang dibayar berbanding blog percuma ini.

2. Blog ini kurang komen.
- Tidak percaya?? Setakat topik ini ditulis jumlah kesemua entri ialah 655 manakala komen yang diterima cuma 1749. Cuba anda bahagikan sendiri, jumlahnya terlalu sedikit bukan?? Meskipun telah banyak tutorial yang penulis terbitkan di sini tetapi ianya tidak mendapat respon dari pembaca. Apalah gunanya tutorial jika tiada sesiapa yang sudi mencuba. Penulis seolah² syok sendiri. Peliknya, blog penulis ini dilinkkan di berpuluh² blog lain. Malah, penulis sendiri terjumpa banyak tutorial yang penulis ajar digunapakai oleh orang lain tetapi sepatah ucapan 'terima kasih' pun tidak diberikan.

75 Comment

✖cikin✖ Sat May 16, 03:15:00 PM

ish eriyza jgn la tutp blog neh
cikin suke tut yg eriyza bg

mybe rmai yg plih jdi silent reader je kot

D@U$™ Sat May 16, 03:17:00 PM

Blog ini kurang komen:

yg tu daus dah agak dah...
daus cadangkan akak update blog ni setiap hari jumaat jer.
okey x?
sehari dalam seminggu jer...
ok la tu...

toqki Sat May 16, 03:18:00 PM

salam

sabarlah kak eriyza:) byk pahala kak boleh ni:) best blog kak ni..lps ni saya komen sokmo bila msuk blog ni. ok? chaiyok2!!!

Eriyza Sat May 16, 03:49:00 PM

Cikin : Rugi jadi silent reader. :P

Eriyza Sat May 16, 03:52:00 PM

Daus : Kalo dah tutup, mmg x wat pos laa. Akan dipertimbangkan cadangan kamu. Tq.

Eriyza Sat May 16, 03:54:00 PM

Toqki : Patut lama x nampak, jd silent reader eh?? Hehehe!!! :D

Tunggu silent reader lain plak besuara. :P

[a.m.o.i] ™ Sat May 16, 04:05:00 PM

sama keadaannya dgn blog amoi. silent reader je byk. ramai yg sudi tukar banner and link tapi komen hampeehhhhhh....T_T.....

[a.m.o.i] ™ Sat May 16, 04:14:00 PM

amoi tak setuju sebenarnya blog ni ditutup sebab kalau ampi ada masalah coding boleh rujuk sama akak..so jgn tutup..


*p/s: akak masih berhutang satu tutorial dari amoi
:-L

Bat Sat May 16, 04:26:00 PM

Bat pun ada gak rasa nak tutup blog, tapi lepas pikir perasaan 'down' ni cuma sekejap, terus tak jadi nak tutup, hehe..

Komen sedikit tu biasalah, tapi tak mencerminkan yang pelawat tak baca entri kita. Ramai orang yang cuma suka baca, tapi tak suka tinggal komen.

Dan, tak semestinya bila blog orang tu ramai yang komen, pelawat dengan pembaca dia ramai, kena ingat tu Eriyza.

Apa-apa pun, tak payah la berenti. Takut nanti menyesal di kemudian hari.

H.R PuTeRa YuSoFF Sat May 16, 04:50:00 PM

HUHUHU SAYA SELAKU PENGUNJUNG TEGAR BLOG INI AMAT TIDAK BERSETUJU AKAK TUTP BLOG INI. DG LA NE LA SUMBER RUJUKAN SAYA. DKT INSTITUT PENDIDIKAN GURU MALAYSIA KAMPUS SULTAN MIZAN NI SAYA ANTARA BLOG MASTER YG HEBAT CKIT LA (ELEMEN MEMUJI DIRI) SEMUA DARI BLOG NI.. TIDAAAAAKKKKKK

aisyah Sat May 16, 05:47:00 PM

jgnlah tutowp..
jgnlah..jgnlah..
plish..

KhairiL's Sat May 16, 05:58:00 PM

setuju dgn semua org
jgn tutup blog ni
kalu org nk cari tutorial, blh amek kt sini
tp yg nk curi tutorial...ntah la

ZelL ThE gReaT ! ™ Sat May 16, 06:00:00 PM

x setuju2...!! walau apa pun alasanya !! :((
lau blog ni d tutup, xda lagik la tmpt sya nk blajar tutorial !! huhuhu... x setuju !! ( sambil geleng kapala) :((

Rjuna Sat May 16, 06:19:00 PM

Tak ramai komen mungkin sebab, bhg komen kak Eriyza tak menyokong Name & URL, Anonymous

lihat saya nak komen pon kena pakai Google Account

@LiYaNNuaR Sat May 16, 06:50:00 PM

tak stuju... tak stuju... tak stujuuuu...

miss juju Sat May 16, 07:33:00 PM

uik mau tutup? huhuhu..
buat gosip ey..nak masuk melodi? hahhaa

TENGKU KHAIRUL IDHAM Sat May 16, 08:35:00 PM

Salam...

Saya tidak bersetuju dengan cadangan saudari untuk tutup blog ni...

Harap terus still mcm biasa sebab saya akan selalu ke sini untuk dapat informasi n maklumat ttg blog. Kat blog lain susah nak jumpa info2 atau cara macm ni

Terua still ngan blog ni ye... Jangan tutup naa

Ok... Tengkiu...

[a.m.o.i] ™ Sat May 16, 09:21:00 PM

korang ni. bila akak ni kata nak tutup blog baru nak bagi komen. terkeluar semua silent reader.haha.

Eriyza Sat May 16, 10:16:00 PM

Tetiba ramai plak yg komen. Herm!

Amoi : Akak akan tunaikan janji. Jgn wisau. :)

Bat : Tulisan anda memberikan sy semangat. :D

H.R PuTeRa YuSoFF : Cikgu, sy bleh pekenalkan blog tutorial lain.

Aisyah : Adoi, sabo eh.

KhairiL's : Akan dipikirkan. Thanx.

Eriyza Sat May 16, 10:25:00 PM

ZelL ThE gReaT ! : Jgn wisau, byk lg blog tutorial bebahasa Melayu.

Rjuna : Dolu dah wat tp xde komen gak, spammers ngan nama Anonymous jer byk.

@LiYaNNuaR : Terima kasih.

Miss Juju : Blog picisan tak pelu masuk Melodi. ;)

TENGKU KHAIRUL IDHAM : Akan dipertimbangkan.

D@U$™ Sat May 16, 10:28:00 PM

Kak Eriy, diorang bersungguh-sungguh x nak bg akak tutup blog ini.
Sampai komen melonjak 20...

[a.m.o.i] ™ Sun May 17, 12:04:00 AM

ada sowg vote nak tutup blog ini. siapakah itu?
:-L

Naisyu Sun May 17, 05:27:00 AM

salam eryza...baru nak bejinak2 dgn blog..tetiba eryza nak berhenti plak???caiyyok..teruskan aje dik....biarlah orang kata syok sendiri takpe....
pahala tetap eryza dapat..insyaAllah...

from:kak Nasya

adi Sun May 17, 09:50:00 AM

salam, semalam aku dah baca posting nih. pagi nih aku tergerak hati untuk bagi komen.

aku faham perasaan ko, untuk kendalikan lebih dari satu blog memang memeningkan kepala. waima aku sendiri pun tak boleh handle. ramai kawan yang ajak jadi penulis tamu . atau bina blog di hosting mereka. tapi itulah .. kita ada dua tangan.. satu otak. blog kesayangan juga menjadi pujaan hati .

aku tengok tak ada beza pun di sini dan di sana.. semuanya bertema serupa.. apa kata ko buat posting di sini dan di sana dengan artikel yang serupa..

Eriyza Sun May 17, 11:06:00 AM

Daus : Tuh laa, tetiba ramai kuar dari petapaan. Huhuhu!!!

Amoi : Takpelah, undi adalah rasia.

Naisyu : Tak sabo nak tengok blog akak.

Adi : Maksudnya pindahkan jer topik blog ni ke sana?? Camtuh kaa??

adi Sun May 17, 11:39:00 AM

ya betul tu.. apa yang ko post kat sini. ko post juga kat sana..

Syamilia Sun May 17, 12:42:00 PM

xpayah la tutup kak...

update pelan2 pn xpe kan...

Eriyza Sun May 17, 01:01:00 PM

Adi : Cadangan menarik. Tq.

Syamilia : Terima kasih atas saranan tuh.

xuen adyla Sun May 17, 08:09:00 PM

owh tidakkkkkkkkkkkkkkk

blog ni best la ada tutorial yg cun

GeDunG iLMu Sun May 17, 10:11:00 PM

penting ke komen dalam blog...?..adakah kita perlu beri komen setiap kali kita membaca blog seseorang....adakah setiap komen penting dalam penulisan blog tutorial?...

Eriyza Sun May 17, 11:18:00 PM

Xuen Adyla : Pulak. :D

Gedung Ilmu : Kadangkala komen penting tuk mengetahui apa yg diajar bejaya dilakukan oleh orang lain.

GeDunG iLMu Sun May 17, 11:56:00 PM

begitu ke...aku ngaku..aku banyak guna kamu punya tutorial....aku really thanx la....tapi jangan risau..kalau ada yang tidak dpt follow tutorial kamu..dia akan tegur kamu...kalau tiada komen..ia bermakna tutorial kamu itu berjaya...dan inilah lumrah manusia.....harap kamu memahaminya..

Zai Mon May 18, 02:54:00 AM

mmm..x stuju klu tutp blog ni..
byk ilmu yg bole dpt kat cni..
mmm..apekate kat bahgian tutorial tu
xpyh gune peek a boo view..sbb bile
gune tu,kotak komen xmncul..klu klik pade tjuk,bru ade..mgkin psl tu org malas nk letak komen,sbb da ade cre mudah bace kseluruhn entri..eriyza gune ler read more auto..tau kan??read more bru ni secare automatik singkatkn
kite pnye entri..mcm blog sye ler(tp blog sye pn xbyk komen..hehe.. :D )apepn mgkn brgune tuk
blog ni..

Eriyza Mon May 18, 10:17:00 AM

Gedung Ilmu : Terima kasih krn memberikan pautan pd blog ini tetapi napa kamu slalu eja nama sy salah eh?? Bukan EriZYa tp EriYZa. :D

Zai : Cadangan kamu bagus. Kalo ghajin, sy tuko read more tuh.

iEn Mon May 18, 10:31:00 AM

dah vote.. mmg xwajar. papepun terpulang pada keputusan tuan rumah camne :D

amdang81 Mon May 18, 11:50:00 AM

Tutup je lah Kak.. pastu akak update blog saya lak. Malas dah nak update citer-citer politik nih. Hehehehe.

Eriyza Mon May 18, 12:02:00 PM

Ien : Terima kasih undian dari Sifooku. :)

Amdang81 : Akak mana reti politik daa. :p

ZelL ThE gReaT ! ™ Mon May 18, 12:20:00 PM

Ttap gak x setuju !! JANGAN MAIN2, kluar loghat sabah karang, hakhak.. btw, sya ni silent reader jek :) saja show up, nak bantah penutupan blog ni !! 8-}

yayasanzaharah Mon May 18, 02:40:00 PM

aku salah eja ke..sorry la..nnt aku betulkan huruf itu...skang ini pun..aku dok kumpul all toturial...yg aku tgk n learn..x kira dari english n malay...n ko salahnya nya yang aku copy....jangan risau...ko nya blog akan sentiasa dihighlight

ellyani Mon May 18, 05:39:00 PM

eriyza jgn lah tutup blog ni ye...saya banyak cuba tutorial eriyza walaupun ada yang tak leh jadi...thanks sangat2 sebab selalu memberi tunjuk ajar bila diperlukan...harap eriyza teruskan usaha yang murni ni tanpa putus asa. :)

[a.m.o.i] ™ Mon May 18, 05:50:00 PM

rasa2 akak ni tak kan tutup kot. :D

Eriyza Mon May 18, 10:40:00 PM

Zell The Great : Kamu slalu komen kat blog ni, jd tak dikira silent reader laa. :D

Yayasanzaharah : Okey.

Ellyani : Terima kasih krn sudi mencuba.

Amoi : :p

ZelL ThE gReaT ! ™ Tue May 19, 12:42:00 PM

lol... da selalu komen kew? ehe... x pwasan plak sya kak! hehehe.. jadik lau macam tuw, buleh jdik blog ni x tutup la kan?? yes2... (comfirm sya x tukar template da if blog ni da tutup) uhukhuk... :)] sambil on call ni.. (kol ms eriyza, spya x tutup blog ni) ;;)

matkapak Tue May 19, 02:02:00 PM

Tumpang skaki nak comment gak nii,jgn tutup blog ni sbb ada manyak motif drp cheq punya 2 motif aje kann ;),Tabik kt cikgu ,semoga2 dipnjngkan umur, murah rezeki dan cepat dpr s....!AMIN.

*shay* Tue May 19, 04:37:00 PM

maaf ye eriyza, shay antara silent reader tu...

shay tak setuju sangat eriyza tutup blog ni sebab blog eriyza antara blog rujukan shay...

kadang tu jika ada yang bertanya berkenaan tutorial shay akan beri link eriyza sebagai rujukan mereka selain blog ien...

jika eriyza perasan, shay pernah linkkan blog eriyza sebagai tutorial untuk membuat emoticon...

jangan la tutup ye...

Shichibukai Tue May 19, 06:22:00 PM

salam cikgu eriyza..
saya pun silent reader di blog ni..
banyak sgt ilmu2 bermanafaat..

cikgu tak payah la tutup blog ni..
saya dah set blog ni jadi list fevret sy dh..satu2nye blog disetkan sebegitu..huhuu..

semoga cikgu pertimbangkan komen2 diberikan..
kesian kami..huhu..
nnt kitorg komen byk2..;-D

Eriyza Tue May 19, 06:47:00 PM

Zell The Great : Template kena rajin godek, baru cepat pandai.

Matkapak : Cepat dpr s tuh apa??

Shay : Terima kasih kerana sudi merujuk dan memberikan pautan pd blog ni. :)

Shichibukai : Napa sy takleh view pun blog kamu?? Terima kasih sbb akhirnya besuara gak. ;)

IPSA Wed May 20, 08:42:00 AM

Jangan tutup blog, biarkan aja...ramai lagi yang boleh mendapat faedah dari ilmu2 yg terdapat dari blog ini...

jgn hiraukan jumlah komen sangat, blog tutorial biasalah, bkannya blog personal...

-EiNS

ZelL ThE gReaT ! ™ Wed May 20, 11:55:00 AM

yeah ! thnx ms, tpi sesunguhnya without tutorial yg ada kat sini, sya x reti nk ubah / edit ah :)

Eriyza Wed May 20, 12:18:00 PM

IPSA :Hohoho! Pakar wordpress pun turun padang komen kat sini. Thanx.

Zell The Great : Alahai, sampai camtuh sekali.

yOnnA Wed May 20, 12:33:00 PM

salam akak. saya dtg dr blog kak shay :)actually first time saya dtg sini..

akak,apa la yang ada pada sebuah komen? akak kena ubah tanggapan tu kalau hidup dalam dunia blogging ni. yonna sangat2 pasti blog akak ni ramai silent readers. mungkin sebab ianya hanya tutorial, org just learn from ur entry. mungkin tak perlu utk dikomen panjang lebar. :) mungkin mereka TERLUPA untuk ucapkan terima kasih :)

tak dapat komen doesnt mean orang tak baca atau praktikkan segala tutorial akak. u have to be positive. sebab blog akak ini adalah blog mengajar blogger utk build up their blog.

bayangkan kalau sehari akak dpt 20 komen, tp semua tu komen yang tidak berkualiti. rasa nya lebih baik tak payah komen kan? (pendapat saya la)

kebanyakan blog yang entry2nya berkualiti sangat2 jarang mendapat komen,akak. kebanyakan diorang mengumpul ramai silent readers.

so,saya rasa akak tak patut tutup blog ni dengan alasan kurangnya jumlah komen. sedangkan akak mungkin dah menolong ramai bloggers dengan tutorial akak.cumanya, diorang tak kreditkan kat akak :)

agree dengan eins. ini bukan blog personal,akak :) so mmg peng-komen takkan ramai.

jgn tutup blog ni,akak!
saya baru jumpa blog akak ni. so cool! :)

yOnnA Wed May 20, 12:34:00 PM

err sorry panjang pulak komen saya :p

tgk2..ramai silent reader keluar bg komen :)

Eriyza Wed May 20, 01:28:00 PM

Yonna : Pandangan kamu sgt bernas. Terima kasih ye.

Cybernetics Mind Wed May 20, 01:29:00 PM

emmm...nak komen skit jer
xceli perasaan cam ni mmg lumrah
di kalangan para blogger...
ramai yg rasa cam ni..
even CM pon bnyk kali rasa cam ni
rasa syok sendiri, rasa tak dihargai...
namun semua tu datangnya dari diri kita sendiri
padahal...kita sentiasa dihargai oleh org2 lain,
kita masih dipedulikan oleh org lain...
walhal...kat luar sana ramai yg tertunggu2 posting kita...

kesimpulannya...

JANGAN BERHENTI BERKARYA

Eriyza Wed May 20, 01:34:00 PM

Cybernetics Mind : Owhhh, ada gak bloggers lain punya rasa yg sama. Mungkin benar blog ni ada pengikut setia yg sentiasa menunggu entri terbaru.

*shay* Wed May 20, 02:52:00 PM

eriyza shay sedang menanti keputusan dari mu... :D

J.MFAIRUS Wed May 20, 07:00:00 PM

sala cikgu..
saya belum ada blog lg..;)
suka baca blog org jer..hehee

ZelL ThE gReaT ! ™ Wed May 20, 08:04:00 PM

yes ! sebab 805 tutorial sya blajar kat sini :)

✖cikin✖ Thu May 21, 04:40:00 AM

hohoho
rmai da xbagi eriyza ttup blog neh
komen trus melonjak naek
ha sape kate blog ni xdpt smbutan kan
cume ramai lupe nk tinggal komen je tu

nmpak gaya xjadi tutp ni kan eriyza :D

Eriyza Thu May 21, 12:05:00 PM

Shay : Tungguuuuuuuuuuuuuu!!! ;)

J. MFairus : Wsalam. Mekaseh.

Zell The Great : Okey laa tuh.

Cikin : Tunggu dan lihat. ;))

Kujie Thu May 21, 09:29:00 PM

Kak Jie tak suka alasan no 2 tu...


Jgn harapkan penghormatan kerana ianya akan dtg , keikhlasan itu penting. mmg ada terluka sebab kak jie pun pernah merasainya...tetapi percayalah Allah tak pernah melupakan janji-janjiNya.

( balasan baik utk kebaikan )

Eriyza Fri May 22, 11:08:00 PM

Kujie : Terima kasih kak Jie. Sy akan ingat pesanan kak Jie. :)

ZelL ThE gReaT ! ™ Sat May 23, 07:56:00 PM

hikhik... saja jek (blog walking) :)

baem Sun May 24, 01:15:00 AM

thanks....

Eriyza Sun May 24, 10:37:00 AM

Zell The Great : Selamat meronda. ;)

Baem : U're welcome. :D

Free Ads Tue May 26, 11:59:00 PM

kalau nak serius berblogger lebih baik yg berbayar!!..

.:GaDiS KaLiS PeLuRu:. Thu May 28, 02:46:00 AM

jangan la tutop..saye suke blog anda... :(

AKURO SAN Sat May 30, 07:38:00 AM

Salam... hahaha ketinggalan zaman betul la saya nih... punyalah saya sendiri pun dah jarang update blog, sampai tak perasan kak eriyza punya entry 'berhenti berblog' nih...
nasib baik juga ramai yg dah bagi komen tak kasi kak eriyza berhenti...
seperti org lain, saya pun byk rujuk tutorial buat blog ni kat blog kak eriyza...

yg pasal tak bagi komen tu, bukan apa, biasa klu tak ader apa2 masalah masa test tutorial nih, org takkan komen... melainkan bila test tutoial tu tak menjadi, barulah org akan beri feedback... ini kes yg jadi silent reader la...

tapi saya rasa, setiap kali ada entry baru dr kak eriyza, ada jer org komen... at least sorang ke dua org, ada jer kan? huhu...

Eriyza Sat May 30, 04:54:00 PM

Free Ads : Sy berblog tuk suka suki saja. ;)

.:GaDiS KaLiS PeLuRu:. : Thanx yer.

AKURO SAN : Wsalam. Sy akan fikir²kan. Mekaseh yer atas pandangan anda. :)

Along Arman Sun May 31, 02:56:00 PM

salam eriyza...
hurmm.. memang nak tutup ke blog nie?
ramai yang vote agar tak tutup..
along pun kdg² ada gak perasaan camtuh bila rasa down..
takyah la tutup.. ramai yang perlukan blog nie..
betul cakap yonna tu..
tak dapat komen tak bermakna orang tak baca atau praktikkan segala tutorial yang ada kat sini..
tapi along rasa lebih baik gabungkan blog ni dengan blog aeropama tuh sebab itu blog berbayar.. import segala posting sini ke blog satu lagi.. jadi blog tu takla terabai..

myadlan Sun May 31, 06:27:00 PM

salam. ala. pasti ramai yang cakap jangan berhenti tulis blog.

actually, banyak juga tutorial yang bermanfaat. tapi kebiasaannya. orang lebih suka membaca tutorial dan mencuba. jarang-jarang nak cakap terima kasih. saya pun mcm tu.

tapi kita manusia kenala tabah.

kena fikir apa yang kita beri kepada orang. jangan inginkan apa orang beri kpd kita.

memberi itu lebih baik dari menerima.

Eriyza Sun May 31, 11:30:00 PM

Along Arman : Arituh dah penah import blog ni ke wp tp ada byk kod yg error. Kena cari penyelesaiannya dulu.

Myadlan : Ada betulnya tulisan kamu tu. Thanx.

gadisuperiang Mon Jul 27, 08:27:00 PM

i love this darl . plz contact me . something very important to tell . jgn tutup yaa . don't make a silly josh dear :)

gadisuperiang.blogspot.com
kupukupu90@yahoo.com

mello Tue Jul 28, 05:11:00 PM

banyak ilmu kt blog neh..

so jgn la ttp..hee :D

Eriyza Fri Jul 31, 01:14:00 PM

gadisuperiang : Anda boleh contact sy di lady_qistina[at]yahoo.com

mello : Blog ini maseh beoperasi.

Post a Comment

Gunakan tatabahasa yang betul sewaktu menulis komentar agar mudah difahami oleh penulis. Terima kasih. :-)

Sila ambil perhatian perkara² berikut :-

1. Tinggalkan nama dan url blog atau laman web anda.
2. HTML tag seperti <b>, <i>, <a> boleh digunakan.
3. Sila berhemah di dalam berbahasa.