May 3, 2009

Muatturun Lagu Dari Imeem


Lagu dari Imeem kadangkala sukar untuk dimuatturun. Mungkin anda ada cara untuk memuatturunnya dengan cara anda sendiri, dapatlah kiranya dikongsi nanti. Kali ini penulis ingin berkongsi cara untuk memuatturun lagu dari Imeem dengan cara penulis.



1. Anda masuk ke laman web Imeem. Cari lagu yang anda kehendaki. Bila lagu yang anda mahu terpapar, klik pada Song Details. Seterusnya klik kanan pada pautan yang terdapat di Location dan pilih Copy Link Location.


2. Seterusnya anda masuk ke laman web File2HD. Tampal pautan lagu yang telah anda salin tadi. Tandakan kotak termanya. Pilih Audio di bahagian Filter. Klik Get Files. Di bahagian bawahnya akan diberi pautan fail tersebut. Anda klik kanan dan pilih Save Link As.

3. Pada bahagian paling bawah laman web tersebut, klik pada Tools. Muatturun FLV2MP3 - Converts FLV files to MP3. Unzip dan ekstrakkan fail tersebut ke dalam folder. Setiap fail yang dimutturun tersedia di dalam format .FLV, jadi anda perlu menukarnya sendiri ke format .MP3.


4. Buka folder FLV2MP3 tadi. Klik pada FLV2MP3. Satu tetingkap Convert FLV to MP3 akan muncul. Klik pada tetingkap tersebut dan pilih lagu yang anda telah simpan di dalam bentuk .FLV tadi untuk ditukarkan ke bentuk .MP3.

Siap. Sekarang anda boleh menikmati lagu kegemaran anda. Selain dari laman web Imeem, anda juga boleh memuatturun lagu dari Myspace. Lain² laman web hiburan juga boleh tetapi penulis tekankan Imeem kerana lagunya sukar untuk dimuatturun. Sebarang soalan sila kemukakan di bahagian komen.

15 Comment

[a.m.o.i] ™ Sun May 03, 03:33:00 PM

file 2hd sesuai digunakan juga utk muat turuan lagu dari Myspace.

Eriyza Sun May 03, 03:37:00 PM

Amoi : Aha, sebab tuh sy ada tulis laman web Myspace kat bawah. :D

paan Sun May 03, 03:48:00 PM

thnaks for info...tapi macam leceh skit sebab nak kena convert to mp3 lak...nak try cari yg leh trus download ke mp3..

[a.m.o.i] ™ Sun May 03, 04:03:00 PM

amoi tak bc sampai abis.haha. tapi pasal convert masuk mp3 tu mmg good info sis. ^^.

Yot | is | Yati Sun May 03, 04:18:00 PM

wah best nih. boleh try neh. biasa susah nak download dari imeem neh.thank u. thank u.

Eriyza Sun May 03, 10:23:00 PM

Paan : Kena rajin usaha sket. Hehehe!!! ;)

Eriyza Sun May 03, 10:23:00 PM

Amoi : Nak kena babap ni. :P

Eriyza Sun May 03, 10:24:00 PM

Yot Is Yati : U're welcome. :)

iEn Mon May 04, 08:00:00 AM

lame tul xdonlot lagu hehe!

Eriyza Mon May 04, 11:15:00 AM

Ien : Kalo nak donlod nanti,leh laa cuba.

My Mummy's Dobi Thu May 28, 05:15:00 PM

macam mana nak masukkan lagu ke dalam blog kita yek..

My Mummy's Dobi Thu May 28, 05:19:00 PM

salam..
saya nak tanya macam mana nak masukkan lagu dalam blog..
harap awk dpt membantu saya..
tq

Eriyza Sat May 30, 04:44:00 PM

My Mummy's Dobi : Mudah jer tu. Nanti sy ajo.

REZUAN+FAIZA NOR = NUR UMAIRAH Sat Sep 26, 10:43:00 AM

selamat pagi..saya pun ada soalan yg sama juga..nak tau cara nak masukkan lagu ke dlm blog..terima kasih..

Eriyza Sat Sep 26, 01:34:00 PM

REZUAN+FAIZA NOR = NUR UMAIRAH : InsyaAllah, sy wat nanti.

Post a Comment

Gunakan tatabahasa yang betul sewaktu menulis komentar agar mudah difahami oleh penulis. Terima kasih. :-)

Sila ambil perhatian perkara² berikut :-

1. Tinggalkan nama dan url blog atau laman web anda.
2. HTML tag seperti <b>, <i>, <a> boleh digunakan.
3. Sila berhemah di dalam berbahasa.