Aug 4, 2009

Novel : Tiada Lagi Cinta


Kegilaan penulis membaca novel kembali semula. Minat ini berputik semula selepas sepupu meminjam beberapa buah novel dari Perpustakaan Awam Negeri Terengganu. Penulis dengan rakusnya 'mencuri' novel tersebut untuk dibaca sebelum tarikh pinjamannya tamat. Maka, berpupuklah semula kasih sayang penulis terhadap novel sehingga bisa melupakan makan wal minum.


Baiklah, penulis mulakan kategori baru ini dengan novel berjudul Tiada Lagi Cinta. Jalan ceritanya agak menarik apabila bab²nya dimulakan dengan nama watak yang tidak bersangkutan langsung pada awalnya. Kedua²nya Masyitah dan Amir Asyraf punya sejarah cinta yang perit sehingga memaksa mereka mencari kedamaian di bumi Dungun.

Penceritaan watak² seterusnya banyak berlaku hasil monolog dalaman dan imbas kembali yang berlaku kepada dua watak utama. Disitulah pembaca akan mula mengenali bekas² kekasih mereka dan juga watak lain yang terselit.

Seperkara yang agak unik, kedua²nya menghadiri majlis perkahwinan yang sama tetapi pengantin yang berbeza sehingga mereka sendiri terperanjat apabila bertemu di kenduri tersebut. Sungguh suspens!

Gaya bahasanya santai tetapi tidak membosankan. Penulis menghabiskan novel ini dengan sedikit rasa ingin tahu kerana perkembangan wataknya tergantung. Mungkin pengarangnya ada rancangan lain. Mungkin juga menerbitkan sekuel seterusnya. Apa pun, method penceritaannya agak biasa tetapi pembaca boleh berpuashati.

Sinopsis :-
Andai cinta tiada lagi, bebaskanlah diri daripada dipenjarai kekecewaan. Kembangkanlah sayap mencari hati yang baru. Andai cinta itu mati, kita tidak perlu mati bersamanya, melainkan bersujud kepada-Nya. Memang terluka jika berpisah bukan dengan kerelaan hati.

"Andai kau untukku walau terlindung dibalik awan kita tetapkan bersatu. Jika bukan kepunyaanku, walau dekat selalu kau bukan milikku"

Kerana cinta, Masyitah dan Amir sama-sama terluka. Benarlah, hanya yang mengalaminya sahaja dapat merasai keperitan perpisahan itu. Mereka jatuh dalam luka yang sama dan bangun kembali demi rasa kecintaan itu. Tiada lagi cinta bukan bermakna mereka harus menutup pintu hati melainkan percaya; kebahgiaan itu tetap ada.


Judul : Tiada Lagi Cinta
Penulis : Nor Rafishah Md. Hassan
Penerbit : Rhythm Publishing Sdn. Bhd.
Milik : Perpustakaan Awam Negeri Terengganu
Penilaian : 3/5

7 Comment

Amoi Fri Aug 07, 12:30:00 AM

best ke? nak pinjam!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!

Eriyza Fri Aug 07, 12:30:00 PM

[a.m.o.i] ™ : Bleh tahan laa. Mai laa ke PANT. :)

Pozi ABB Sat Aug 08, 01:45:00 AM

HARTiNi oleh Aziz Afkar; ****

Anonymous

bes ?

Eriyza Sun Aug 09, 12:03:00 AM

poziabb : Nanti akan dicari kat library.

Nur Hazlin : Yup.

Anonymous

cinta ke mane??
hehehehe....

http://mohfas7.blogspot.com

Eriyza Sun Oct 18, 10:12:00 PM

Mohd Faizal Mustafa : Ntah ler. :(

Post a Comment

Gunakan tatabahasa yang betul sewaktu menulis komentar agar mudah difahami oleh penulis. Terima kasih. :-)

Sila ambil perhatian perkara² berikut :-

1. Tinggalkan nama dan url blog atau laman web anda.
2. HTML tag seperti <b>, <i>, <a> boleh digunakan.
3. Sila berhemah di dalam berbahasa.