Aug 3, 2009

Selamat Hari Lahir Kelima Blog


Hari ini tepat jam 11.46 pagi pada 3 Ogos 2004, seorang gadis bernama Eriyza telah 'melahirkan' blog yang pertama ke dunia maya. Blog tersebut dibelai dengan penuh kasih sayang. Malah, diperkenalkan kepada semua rakan²nya. Ketika itu, ramai yang masih bingung apabila disebut tentang blog. Bilangan bloggers masa itu boleh dibilang dengan jari. Dengan pengaruh Eriyza, kekasihnya dan beberapa handai taulan telah turut sama membina blog masing².


Kini, blog ini sudah berusia 5 tahun. Jika ia adalah seorang anak, maka ia sudah bersekolah tadika. Blog ini juga sudah gah di persada maya biarpun ia tidak dikunjungi oleh ribuan manusia sehari tetapi ia mempunyai peminat setianya sendiri. Terima kasih kepada semua pelawat setia yang tidak pernah jemu memberikan sokongan kepada blog ini.

Eriyza bukan seorang 'ummi' yang baik, acapkali sebenarnya dia mahu melupuskan blog ini dari pandangan mata umum. Namun, atas sokongan moral semua pihak, hasrat itu dibatalkan. Mungkin pada masa akan datang, blog ini tamat tempohnya dan keputusan nekad itu tidak berubah lagi.

Blog ini pada mulanya cuma diberi nama Eriyza's Blog. Tidak lama kemudian, ia ditukar kepada Dari Hati. Selepas itu, diletakkan nama Lepak, Borak, Gelak. Namanya sekali lagi diubah kepada Tanggapan Tentang Topik Tertentu. Nama ini mungkin akan berubah lagi mengikut mood tuan punya blog.

Di sini banyak tersimpan kisah suka duka Eriyza sama ada secara langsung atau secara kiasan. Luahan perasaan dari sekeping hati banyak tercoret di dalam topik yang diterbitkan. Pernah penulisan di blog ini ditulis dengan titisan airmata menghujani pipi. Malah, ada juga tulisan yang tertera dengan perasaan riang.

Pada asalnya, blog ini tidak Eriyza khususkan genrenya, ianya ditulis mengikut gerak hati dan situasi yang berlaku di sekeliling. Ketika blogspot memperkenalkan fungsi beta, Eriyza mula menulis tentang tutorial yang berkaitan. Tujuannya cuma untuk rujukan diri sendiri. Tanpa disedari, ia mula menjadi rujukan para bloggers lain. Sejak itu, Eriyza mula seronok berkongsi ilmu dengan orang lain. Bak kata bloggers lain sharing is caring.

Oktober tahun lepas, Eriyza telah diberi penajaan blog Wordpress oleh Encik Aeropama. Maka bermulalah episod baru dunia blog di platform yang berbeza di blog yang penulis ukirkan nama Inspirasi Dari Kisah Benar. Dalam keenakan mempunyai 'anak' baru, blog ini sudah tidak menjadi anak emas. Perlahan² penulis mula mengabaikan blog ini sehingga pembaca setianya mula menyedari bahawa kasih sayang Eriyza bagaikan sudah beralih arah.

Jauh di sudut hati, Eriyza masih mencintai blog ini, sama seperti ketika ia mula² dibawa ke dunia maya. Apatah lagi, ada coretan di blog ini pernah ditulis oleh si dia. Ianya adalah memori manis yang takkan Eriyza lupakan sepanjang hayat.

Justeru, di kesempatan ini ingin Eriyza ucapkan infiniti terima kasih kepada semua pembaca sama ada bising atau senyap yang sering menaikkan trafik blog ini. Tanpa kalian, blog ini hanya ilmu tanpa amal. Setulus penghargaan juga Eriyza kalungkan kepada Pelita Lilin yang sentiasa 'berada di sisi' di saat Eriyza memerlukan semangat. Blog ini tidak ditutup kerana ayat² kamu. Sekali lagi, terima kasih kepada semua orang yang sudi membaca nukilan si gadis bernama Eriyza.

Iklan - Selamat Hari Lahir ke 21, Khai.

13 Comment

iEn Mon Aug 03, 02:08:00 AM

happy anniversary..

MrsNor Mon Aug 03, 09:41:00 AM

happy besday. Terimakasih berkongsi ilmu blogging di sini...byk yg akak kutip di sini

Eriyza Mon Aug 03, 10:55:00 AM

iEn : Terima kasih.

MrsNor : Terima kasih. Sesama. :)

poziabb Mon Aug 03, 11:23:00 AM

Cepatnya masa berlalu, da lima tahun rupanya! Selamat Ulangtahun, semoga terus diambil cakna.

Eriyza Mon Aug 03, 11:44:00 AM

poziabb : Terima kasih. InsyaAllah.

cheryna zamrinor Mon Aug 03, 02:47:00 PM

selamat hari lahir ye blog!:)

MK Mon Aug 03, 04:04:00 PM

Selamat ulangtahun blog ke-5, Kak Eriyza! Lima tahun, lama benar dah tu. Semoga terus bertahan dan memberi ilmu :)

@kelantanstreet Mon Aug 03, 04:13:00 PM

Selamat ulangtahun blog ke lima...wahh memang dah lama berblog rupanya...aku bru setahun jagung

anyway keep on blogging...jgn give up...

H.R PuTeRa YuSoFF Mon Aug 03, 06:05:00 PM

blog ini byk mebantu kepada bloggers baruu.
tq dan tahniah

Eriyza Mon Aug 03, 06:36:00 PM

cHeRyNa PiReS : Terima kasih.

MK : Terima kasih. InsyaAllah.

Eriyza Mon Aug 03, 06:38:00 PM

EiNS : Terima kasih. InsyaAllah.

H.R PuTeRa YuSoFF : Semoga bermanfaat. Sesama.

kembara™ Tue Aug 04, 05:41:00 PM

heppi anniversary...mabruk atas kejayaan yang sudah dikecapi..semoga teruskan kesuksessan dalam alam maya ini..:D

Eriyza Tue Aug 04, 09:50:00 PM

kembara™ : Terima kasih.

Post a Comment

Gunakan tatabahasa yang betul sewaktu menulis komentar agar mudah difahami oleh penulis. Terima kasih. :-)

Sila ambil perhatian perkara² berikut :-

1. Tinggalkan nama dan url blog atau laman web anda.
2. HTML tag seperti <b>, <i>, <a> boleh digunakan.
3. Sila berhemah di dalam berbahasa.