Anda membuat blog baru sama ada di Wordpress atau Blogspot juga tetapi anda tidak mahu kehilangan pengunjung setia anda yang sering menaikkan trafik blog. Anda boleh menguar²kan tentang kewujudan blog baru anda dan di dalam masa yang sama tidak perlu menghapuskan blog lama. Anda cuma perlu bertindak cerdik dengan mengalihkan pautan blog lama ke blog baru.
Cara²nya juga cukup mudah.
1. Login ke Blogspot.
2. Pilih Layout - Edit HTML.
3. Download Full Template sebelum mengedit blog.
4. Cari <head> dan dan letakkan kod ini di bawahnya.
<meta content='0;url=http://eriyza.aeropama.com' http-equiv='refresh'/>
Tukarkan tulisan berwarna merah dengan kesesuaian anda sendiri. Ia bererti masa di dalam kiraan saat untuk mengalihkan blog lama ke blog baru secara automatik. Anda digalakkan memilih di antara skala 0 (cepat) - 5 (lambat). Manakala tukarkan alamat blog yang berwarna ungu dengan alamat blog anda sendiri.
5. Preview dan save template jika berpuashati.
Selamat mencuba.
11 Comment
blog anda sgt menarik
byk ilmu blh dpt tp
agak sayang sedikit sbb ratingnye xramai
ttp secara keseluruhan amat memuaskan
cuma sy nie baru belajar lagi jahil ttg blog
ada sedikit sgt teguran
klu blog nie kembali dlm mood yg tersusun sbb bila byk sgt widget kdg2 menganggu bloger untuk pick up post tersebut.
yang kedua blh x eriza tukar nama blog kepada
yang lebih menonjol....
xslh mencuba tp sy xda idea untuk tajuk yang sesuai....
maaafkan sy sekadar teguran sbb blog sy lagi teruk
dri blog anda
sekian terima kasih...
Salam eryza, tak jadi pun.. dah letak tapi sama je.. mcm mana tu?
ok tuto ni jadi tq
test
azman shah : Kritikan anda amat berharga wat sy. Sebhgian dr widget telah sy buang setelah membuat tutorial mengenainya. Dolu lg byk widget kat blog ni.
Awk maksudkan nama blog ini iaitu Eriyza atau taglinenya tanggapan tentang topik tertentu?? Kalo nama Eriyza tuh, sy dah serasi dgnnya dan tak bercadang tuk tukar ke nama lain. Taglinenya pula tidak kekal kerana akan berubah mengikut mood sy.
Terima kasih kerana mengunjungi dan memberikan komen di blog ini. Datanglah lagi yer.
kamezaim : Kod ni awak letak lam blog mana??
ottel : Tahniah. :)
kamezaim.blogspot.com. ingat nak alihkan blog tu terus ke kamezaim.com. letak dalam kamezaim.blogspot.com, betul ke?
kamezaim : Dah betul tuh. Cuba wat skali lg.
dah buat dah laei,tak jadi jugok jang.. apo kono eh jang.. ngee..
kamezaim : Sepatutnya takde masalah sbb kodnya pun simple. Cuba wat kat blog pecubaan.
Post a Comment
Gunakan tatabahasa yang betul sewaktu menulis komentar agar mudah difahami oleh penulis. Terima kasih. :-)
Sila ambil perhatian perkara² berikut :-
1. Tinggalkan nama dan url blog atau laman web anda.
2. HTML tag seperti <b>, <i>, <a> boleh digunakan.
3. Sila berhemah di dalam berbahasa.