Kerapkali berlaku apabila anda membuat lebih dari satu topik di dalam satu hari yang sama, hari dan tarikh untuk topik yang terdahulu tidak ditunjukkan. Sedikit sebanyak ia mencacatkan pemandangan blog anda yang sememangnya menarik. Kali ini, kita belajar untuk membuatkan hari dan tarikh pada topik yang diterbitkan pada hari yang sama terpapar semua sekali.
1. Login ke Blogspot.
2. Pilih Layout - Edit HTML (Tanda kotak Expand Widget).
3. Download Full Template sebelum mengedit blog.
4. Cari kod ini.
<b:if cond='data:post.dateHeader'>
<h2 class='date-header'><data:post.dateHeader/></h2>
</b:if>
5. Gantikan kod tersebut dengan kod ini pula.
<b:if cond='data:post.dateHeader'>
<script>var ultimaFecha = '<data:post.dateHeader/>';</script>
<h2 class='date-header'><data:post.dateHeader/></h2>
<b:else/>
<h2 class='date-header'>
<script>document.write(ultimaFecha);</script>
</h2>
</b:if>
6. Preview dan Save template jika berpuashati.
Nah, sekarang kesemua topik yang anda tulis sudah mempunyai semua hari dan tarikh walaupun ditulis pada hari yang sama. Cubalah.
2 Comment
letih mata cari baris2 code tu..haish..
btw...amat bagus...sgt2 membantu...
@ugly duck : Errr, gunakan CTL + F tuk memudahkan cari kod. :)
Post a Comment
Gunakan tatabahasa yang betul sewaktu menulis komentar agar mudah difahami oleh penulis. Terima kasih. :-)
Sila ambil perhatian perkara² berikut :-
1. Tinggalkan nama dan url blog atau laman web anda.
2. HTML tag seperti <b>, <i>, <a> boleh digunakan.
3. Sila berhemah di dalam berbahasa.