Dec 20, 2009

Ahli Rasmi Nuffnang


Akhirnya selepas 5 tahun lebih menjadi bloggers, inilah kali pertama penulis mendaftar dengan iklan untuk menjana pendapatan. Bersempena dengan tahun hijrah 1431, penulis juga ingin melakukan penghijrahan ke atas blog ini lalu blog ini didaftarkan sebagai ahli Nuffnang pada 1 Muharam lalu. Justeru, buat julung² kalinya iklan Nuffnang terpapar megah di blog ini.


Sewaktu mendaftar, tiada sebarang status member untuk penulis tetapi apabila penulis membuka akaun Nuffnang tengahari tadi, terpampanglah status Gliteratti di situ. Penulis pun kurang pasti status itu merujuk pada apa tetapi penulis mendapatkannya hanya dalam masa satu hari setengah. Akan tetapi, hasil pendapatan masih lagi menunjukkan angka RM0.00. Jadi, kliklah iklan yang ada di blog ini dengan ikhlas. Penulis dahulukan dengan ucapan terima kasih di atas kesudian anda membantu penulis.

Dahulu ketika penulis belum menjadi ahli Nuffnang, seringkali ada makhluk Tuhan yang meninggalkan mesej sebegini "klik klik Nuffnang" di kotak jerit. Iklan pun tiada, macam mana dia klik?? Oleh itu, berlaku jujurlah pada diri sendiri sebelum anda mahu orang lain jujur dengan anda.

Sila tekan butang refresh atau reload jika iklan tidak keluar sewaktu anda mahu klik. Sekali lagi terima kasih buat semua pembaca yang terus menyokong blog ini. InsyaAllah penulis akan menulis topik² yang bermanfaat buat kita semua. Jangan lupa klik iklan Nuffnang ya.

7 Comment

iEn Mon Dec 21, 02:01:00 PM

selamat buat duit ngan nuffnang yer.. Good luck bebeh :D

Eriyza Mon Dec 21, 03:29:00 PM

iEn : Baru lg ni, tatau laa dpt wat duit ke tak.
Hehehe!!!

Fatin Baharum Mon Dec 21, 03:48:00 PM

hai. blog walking. :)
if dah followers pon ramai mcm tu, mmg boleh uat duet la camni. dapat punya. :)

Eriyza Tue Dec 22, 11:24:00 AM

.fatin nabila. : Hello. Terima kasih atas sokongan anda.

Zikri Husaini Fri Jan 08, 07:44:00 PM

wah...selamat berjaya...

Eriyza Sun Jan 10, 11:23:00 AM

Zikr the Jalanan Sepi Perantau : Mekaseh.

Anonymous

assalamualaikum.. jemput singgah dan follow shoppylegacy.blogspot.com ye, terima kasih :)

Post a Comment

Gunakan tatabahasa yang betul sewaktu menulis komentar agar mudah difahami oleh penulis. Terima kasih. :-)

Sila ambil perhatian perkara² berikut :-

1. Tinggalkan nama dan url blog atau laman web anda.
2. HTML tag seperti <b>, <i>, <a> boleh digunakan.
3. Sila berhemah di dalam berbahasa.