Dec 13, 2009

Hoskan Javaskrip Di Yourjavascript


Seandainya anda masih mencari² tempat yang paling sesuai untuk menghoskan fail² javaskrip, anda boleh mencuba laman sesawang ini. Anda tidak perlu mendaftar untuk menggunakan perkhidmatannya. Namun, ia tidak menempatkan kesemua fail anda secara berturutan tetapi anda masih diberi pautan.


Anda cuma perlu masuk ke laman sesawang Yourjavascript. Browse dan muatnaik fail javaskrip anda. Tandakan kotak Make private jika anda tidak mahu berkongsi fail itu dengan orang lain tetapi sifat kedekut tidak bagus. Seterusnya taipkan alamat email anda dan tekan butang Upload. Seketika kemudian, pautan untuk fail javaskrip tadi akan dihantar ke email anda.

Anda bolehlah menyemaknya di email anda. Lazimnya anda akan diberi dua jenis pautan iaitu pautan terus dan juga pautan berformat skrip yang boleh dimasukkan terus ke dalam template blog. Berikut adalah contoh fail javaskrip yang telah penulis muatnaik.

Pautan terus - http://www.yourjavascript.com/10341023911/tableofcontents.js

Pautan skrip - <script type="text/javascript" src="http://www.yourjavascript.com/10341023911/tableofcontents.js"></script>


Harus diingat, laman sesawang ini khusus untuk fail javaskrip sahaja, jangan pula anda muatnaik gambar. Jadi, tiada masalah lagi untuk menghoskan fail² javaskrip anda. Simpan segera fail² javaskrip anda sebelum Googlepages mengalami nasib serupa Geocities.

4 Comment

sAzUwI Mon Dec 14, 01:22:00 AM

Ari tue cuba masuk laman nie tapi tak boleh. Mngkin tengah maintenance kot. Sekarang pakai hosting free sigmirror utk host kan *.js file. Superb gak. Boleh ar try jugak. =)

Eriyza Mon Dec 14, 01:06:00 PM

sAzUwI : Aha, sy pun ada pakai web tuh. Sy akan tulis kemudian. :)

faez Tue Dec 15, 12:27:00 PM

Bagu saya suka,thank akak eryza
http://faezblogger.blogspot.com

Eriyza Tue Dec 15, 10:24:00 PM

faez : Sesama. :)

Post a Comment

Gunakan tatabahasa yang betul sewaktu menulis komentar agar mudah difahami oleh penulis. Terima kasih. :-)

Sila ambil perhatian perkara² berikut :-

1. Tinggalkan nama dan url blog atau laman web anda.
2. HTML tag seperti <b>, <i>, <a> boleh digunakan.
3. Sila berhemah di dalam berbahasa.