Akhirnya blogspot memberi khabar gembira kepada semua penggunanya apabila menambah fungsi halaman mukasurat (pages) ke dalam menunya. Ini adalah antara menu yang ditunggu² oleh semua pengguna blogspot. Sebelum ini penulis membuat mukasurat dalam blog dengan menggunakan topik sahaja. Untuk mencuba menu terbaru ini, anda perlu masuk ke Blogger in Draft.
Anda klik New Post. Di tab ketiga bahagian atas terpampang Edit Pages. Klik sahaja Edit Pages dan buat New Pages. Anda dibenarkan membuat sehingga 10 pages seperti About Me, Contact dan lain² lagi. Selepas itu, anda diberi pilihan sama ada untuk meletakkan pages tadi di sidebar atau header. Seterusnya Save dan tengok hasilnya.
Anda juga boleh memaparkan atau menyembunyikan pages pilihan anda di bahagian Layout - Edit HTML. Buang tanda dari kotak pages jika tidak mahu dipaparkan manakala guna arahan drag dan drop untuk mengubahsuai kedudukannya. Anda perlu mencuba sendiri untuk memahami fungsi²nya.
Terima kasih blogspot kerana memenuhi kehendak kami satu persatu. ♥
0 Comment
Post a Comment
Gunakan tatabahasa yang betul sewaktu menulis komentar agar mudah difahami oleh penulis. Terima kasih. :-)
Sila ambil perhatian perkara² berikut :-
1. Tinggalkan nama dan url blog atau laman web anda.
2. HTML tag seperti <b>, <i>, <a> boleh digunakan.
3. Sila berhemah di dalam berbahasa.