Jan 4, 2010

Membuat Baca Selanjutnya Versi Blogspot

Dahulu penulis ada memberitahu bahawa blogspot telah memperkenalkan baca selanjutnya yang lebih mudah digunakan tanpa memasukkan kod yang rumit. Akan tetapi, ramai bloggers tidak dapat menggunakannya kerana mereka memakai template yang telah diubahsuai dan bukannya template asal dari blogspot. Justeru, mari kita cari jalan penyelesaian untuk masalah itu kerana penulis sudah pun memasang baca selanjutnya versi blogspot untuk blog ini.

Jika anda pernah meletakkan baca selanjutnya ke dalam blog, sila buang kesemua kod²nya yang lama.

1. Login ke Blogspot.

2. Pilih Layout - Edit HTML (Tanda kotak Expand Widget).

3. Download Full Template sebelum mengedit blog.

4. Cari <data:post.body/> dan tampal kod ini di bawahnya.

<b:if cond='data:post.hasJumpLink'>

<data:post.jumpText/>

</b:if >

5. Save.

6. Seterusnya, penulis ingin memberitahu cara² untuk mencantikkan lagi baca selanjutnya tadi seperti meletakkan latarbelakang, imej dan berada di sebelah kanan. Cari semula kod tadi dan tambahkan kod yang berwarna merah.

<b:if cond='data:post.hasJumpLink'>

<data:post.jumpText/>

</b:if>

7. Cari ]]></b:skin> dan letakkan kod ini di atasnya.

#more {
border: 1px solid #333333;
background: #999999;
font-size: 12px;
float: right;
padding:3px;

8. Untuk menukar ayat baca selanjutnya kepada imej, tukarkan <data:post.jumpText/> dengan imej anda seperti .

Okey, itu sahaja. Selamat mencuba.

Via : Blogger Help
Via : Muncet

6 Comment

ibnmasir Sat Jan 09, 01:10:00 PM

owh patutla xleh nak wat slnjutnye.. sbb tukar template ke...tq kak eriyza... nice tutorial...

Eriyza Sun Jan 10, 11:27:00 AM

ibnmasir : Aha, kena tambah kod sendiri dlm template. Sesama.

Daus Thu Feb 11, 07:47:00 PM

Thanks kak, dah dapat buat pun...

Eriyza Sun Feb 14, 12:32:00 PM

Daus : Sesama.

Nadia Empari Sun Mar 20, 08:34:00 PM

long,kalau nak buat entri kita duk dalam kotak2 gane?
ada x tutorial tu?
yg mcm hot topic 2

Eriyza Thu Mar 24, 12:17:00 PM

@Nadia Empari
Belum ada lagi.

Post a Comment

Gunakan tatabahasa yang betul sewaktu menulis komentar agar mudah difahami oleh penulis. Terima kasih. :-)

Sila ambil perhatian perkara² berikut :-

1. Tinggalkan nama dan url blog atau laman web anda.
2. HTML tag seperti , ,  boleh digunakan.
3. Sila berhemah di dalam berbahasa.