Sep 20, 2010

Surat Smart


Semalam penulis menemani ayahanda membeli tali pinggang keledar di Kemaman Centre Point (KCP). Penulis menjangkakan membeli-belah bersama ayahanda tidak akan mengambil masa yang panjang kerana lelaki tidak secerewet anak gadisnya. Hehehe!!! Dengan yakinnya penulis memasukkan duit syiling dengan anggaran masa selama 30 minit lalu menapak mengejar langkah ayahanda.

Lain pula yang terjadi kerana ayahanda agak bercitarasa tinggi terhadap tali pinggang, maka melangutlah penulis menunggu ayahanda memilih. Setelah usai membeli, dia berkenan pula dengan sehelai slack, maka proses memotong kaki seluar pula berlangsung selepas harganya dibayar.

Apabila kami turun dari escalator ke tingkat 1, penulis terpandang sebuah beg yang cukup memikat hati. Dari tujuan membeli beg, penulis juga membeli dua pasang sandal. Sudahnya, penulis berbelanja lebih daripada ayahanda. Eh eh eh, siapa yang teman siapa shopping ni?!

Setelah berpuashati dengan barangan yang kami beli, kami menuju ke lot parkir. Ah sudah, sehelai kertas tertampal elok dengan bergamkan wiper. Seperti diduga, surat cinta saman dari Majlis Perbandaran Kemaman (MPK aka Makan Pitih Kuat) kerana tidak mengisi wang yang cukup ke dalam mesin duit. Penulis hanya mampu menepuk dahi sebelum pulang ke rumah. Duit syiling 10 sen yang perlu dibayar telah bertukar menjadi not kertas 10. Rugi! Rugi!


0 Comment

Post a Comment

Gunakan tatabahasa yang betul sewaktu menulis komentar agar mudah difahami oleh penulis. Terima kasih. :-)

Sila ambil perhatian perkara² berikut :-

1. Tinggalkan nama dan url blog atau laman web anda.
2. HTML tag seperti <b>, <i>, <a> boleh digunakan.
3. Sila berhemah di dalam berbahasa.