Oct 14, 2010
Berhenti Akses Laman Web
Adakah anda suka mengakses sesuatu laman web beberapa kali dalam sehari?? Penulis yakin ramai di antara anda yang berulangkali memasuki laman web yang sama setiap hari. Mampukah anda menahan diri dari masuk ke laman web kegemaran anda selama satu jam??
Cuba uji kesabaran anda sendiri dengan KeepMeOut. Masukkan alamat laman web yang kerap anda kunjungi misalnya Facebook. Kemudian tetapkan masa dan tekan butang Submit. Seterusnya, Bookmark pautan yang diberi di browser anda. Setiap kali ingin masuk ke Facebook, klik pada pautan yang telah disimpan tadi dan jangan menaip facebook.com.
Sekiranya anda masuk ke Facebook sebelum tempoh yang anda tetapkan tamat, maka anda akan diberi mesej AMARAN.
Uji diri anda sendiri dan cari jawapannya adakah anda berjaya di dalam misi anda dari memasuki laman web kegemaran anda dengan kerap dalam masa satu hari. Soalnya, mampukah anda menahan diri dari menaip facebook.com??
Date :
Thursday, October 14, 2010
Tags :
Websites
0 Comment
Post a Comment
Gunakan tatabahasa yang betul sewaktu menulis komentar agar mudah difahami oleh penulis. Terima kasih. :-)
Sila ambil perhatian perkara² berikut :-
1. Tinggalkan nama dan url blog atau laman web anda.
2. HTML tag seperti <b>, <i>, <a> boleh digunakan.
3. Sila berhemah di dalam berbahasa.