Oct 7, 2010

Cell 211


Penulis bukanlah kaki wayang tetapi ada waktunya penulis meluangkan masa untuk menonton filem. Untuk itu, penulis mulakan segmen filem di blog ini dengan sebuah karya hebat dari Sepanyol iaitu Cell 211 @ Celda 211. Filem ini diterbitkan pada tahun 2009 dan memenangi 8 anugerah Goya Awards.

Info
ORIGINAL TITLE : Celda 211
YEAR : 2009
RUNNING TIME : 110 min.
COUNTRY : Spain
DIRECTOR : Daniel Monzón
CAST Luis Tosar, Alberto Ammann, Antonio Resines, Carlos Bardem, Marta Etura, Vicente Romero, Manuel Morón, Manolo Solo, Fernando Soto, Luis Zahera, Félix Cubero, Joxean Bengoetxea, Juan Carlos Mangas, Jesús Carroza
OFFICIAL WEB : http://www.celda211.com

Plot
Juan Oliver pegawai penjara yang baru telah ke tempat kerjanya sehari lebih awal untuk meninjau keadaan sebenar sebelum mula bertugas. Sewaktu dibawa meronda di sekitar sel² penjara, berlaku rusuhan di kalangan banduan menyebabkan satu objek mengenai kepala Juan dan dia cedera. Polis yang meronda bersama Juan terpaksa meninggalkannya di sel 211 kerana keadaan semakin tidak terkawal.

Berlakulah episod malang di dalam hidupnya apabila Juan terperangkap di tengah² banduan yang ganas. Demi keselamatan diri, dia terpaksa menyamar sebagai banduan yang baru dihumban ke sel 211 atas kesalahan membunuh. Juan sanggup melakukan apa sahaja untuk memastikan lakonannya tidak terbongkar.



Juan berada di tempat yang salah pada masa yang salah, tiada jalan keluar untuknya. Dia harus berjuang untuk hidup walaupun terpaksa membunuh. Pihak penjara berusaha untuk mengeluarkan Juan dari kemelut banduan tetapi keadaan semakin sukar apabila ahli keluarga banduan pula merusuh di luar penjara untuk mengetahui perkembangan terkini. Elena, isteri Juan yang sarat hamil menjadi korban apabila cuba mendapatkan maklumat tentang keadaan suaminya. Apakah tindakan Juan setelah mengetahui nasib malang yang menimpa isterinya?? Mampukah Juan meneruskan penipuannya sebagai banduan tanpa pengetahuan sesiapa?? Berjayakah Juan keluar hidup² dari penjara tersebut??

©Eriyza : Lakonan hebat Alberto Anmann (Juan Oliver) dan Luis Tosar (Malamadre) cukup untuk membuatkan filem ini tersenarai sebagai antara filem kegemaran penulis sepanjang zaman.

0 Comment

Post a Comment

Gunakan tatabahasa yang betul sewaktu menulis komentar agar mudah difahami oleh penulis. Terima kasih. :-)

Sila ambil perhatian perkara² berikut :-

1. Tinggalkan nama dan url blog atau laman web anda.
2. HTML tag seperti <b>, <i>, <a> boleh digunakan.
3. Sila berhemah di dalam berbahasa.