Oct 26, 2010

Novel : Andai Itu TakdirNya



Hampir kesemua anak buah penulis menangis sewaktu membaca novel ini. Tatkala penulis meminjam novel ini untuk dibaca, sekali lagi mereka bersungguh-sungguh meyakinkan penulis bahawa novel ini bakal menggugah rasa penulis. Setelah menghabiskan novel ini, setitis pun airmata penulis tidak gugur. Pelik tapi benar. Penulis mencari pandangan orang lain di internet tentang novel ini, rata² mengakui turut mereka menangis. Namun, novel ini tidak mampu meruntun hati penulis. Berhati batukah penulis??


Kekejaman lelaki korporat bernama Syed Adam Aizril yang menjadi kegilaan ramai wanita terhadap isterinya tidak dapat dinafikan lagi. Demi mempertahankan egonya yang menggunung tinggi, dia sanggup memperlakukan isterinya, Nur Aleya, seperti binatang. Tidak cukup dengan penghinaan, tubuh badan isterinya turut menjadi penangan kaki dan tangannya.

Aleya, wanita yang tabah melalui liku² kehidupannya kerana beranggapan bahawa itu semua takdir dariNya. Hidupnya muram dan suram, cuma sesekali cahaya menyinari dirinya tetapi tidak lama. Hanya Umi dan Ikram sahajalah tempat dia menumpang kasih setelah dirinya dibuang keluarga gara² pernikahannya hasil tangkap basah.

Ketika dia memberikan peluang kedua kepada Aizril yang kononnya telah berubah, lelaki itu mencampaknya semula keluar dari rumah apabila bernekad untuk mengahwini sepupunya, Sharifah Emilin, yang telah lama menaruh hati kepadanya. Dalam masa yang sama, Aleya sedang bertarung dengan penyakit yang boleh membawa maut.

Adakah Aizril meneruskan pernikahannya ketika isterinya sedang tenat?? Mampukah Aleya kembali semula ke pangkuan suaminya yang langsung tidak pernah menghargainya sebagai isteri?? Jawapannya ada di dalam novel Andai Itu TakdirNya.

Seperkara yang penulis suka tentang novel ini ialah penggunaan Bahasa Inggerisnya yang agak menarik. Mungkin kerana novelisnya adalah seorang peguam.

Judul : Andai Itu TakdirNya
Penulis : Siti Rosmizah
Penerbit : Buku Prima Sdn. Bhd.
Halaman : 583
Penilaian :
★★★

Sinopsis :

"Jangan salah faham Puan Sri. Kemaafan yang diberi tidak akan sama sekali menjadikan saya lupa pada kedudukan diri saya ini. Saya tak boleh membuang pangkat itu ke tepi hanya kerana kesalahan yang pernah dibuat pada saya."

"Saya telah menjadi balu sebelum masanya dan anak-anak saya juga telah menjadi anak yatim sebelum masanya. Sembilan bulan saya mengandung mereka tanpa suami di sisi. Saya pekakkan telinga mendengar cemuhan masyarakat sekeliling."

Andai itu tadir-Nya, dia akan menempuhinya dengan tabah dan sabar. Apa yang penting sekarang adalah kebahagiaan anaknya, Dania. Sekurang-kurangnya, bila Aleya menutup mata, kehidupan Dania akan terbela.

"Selama aku meniti liku-liku kehidupan yang penuh dengan onak dan duri ini. aku tidak pernah pasrah dalam hidupku. Andai itu takdik-Nya sebelum menggapai bahagia aku redha. Namun sampai waktu apabila aku tidak mampu untuk bertahan lagi, hatiku lebih keras dari kerikil."


0 Comment

Post a Comment

Gunakan tatabahasa yang betul sewaktu menulis komentar agar mudah difahami oleh penulis. Terima kasih. :-)

Sila ambil perhatian perkara² berikut :-

1. Tinggalkan nama dan url blog atau laman web anda.
2. HTML tag seperti <b>, <i>, <a> boleh digunakan.
3. Sila berhemah di dalam berbahasa.