Nov 19, 2010

Ethan Dan Khairie Akan Diingati


[- Ethan + Khairie -]

Penulis meminati siri pengembaraan merentasi dunia, The Amazing Race Asia. Ianya juga lebih sinonim sebagai TARA. Penganjurannya telah memasuki musim keempat. Setiap tahun ada perserta dari Malaysia menyertainya. Kali ini penulis mengharapkan Ethan dan Khairie yang mewakili negara kita dapat melayakkan diri ke peringkat akhir tetapi malangnya mereka kandas di episod ke sembilan sekaligus membuatkan penulis kecewa.

Walau apa pun, penulis tetap menyokong Ethan dan Khairie. Kesilapan memilih tugasan telah membuatkan mereka tersingkir tetapi semangat setiakawan yang dipaparkan harus dicontohi. Penulis pasti merindui kenakalan Ethan dan sikap cool Khairie. Rasanya berasa di kedudukan kelima tidaklah teruk kerana kalian membuatkan kami bangga. Love you guys! ♥



Khairie : I will do it all over again. The same way I could.

Kronologi penyertaan peserta Malaysia dalam TARA agak menarik. Perhatikan kedudukan mereka sebelum ini.

Season 1 - Zabrina & Joe Jer - Team No 1


Season 2 - Pamela & Vanessa - Team No 2


Season 3 - Ida & Tania - Team No 3


Season 4 - Ethan & Khairie - Eliminated


©Eriyza : Malam Khamis tanpa Ethan dan Khairie sudah tidak bermakna lagi. Kang bagus kalau ada TARAMasuk Ethan & Khairie. Hehehe!!!


2 Comment

cik panadol Fri Nov 19, 11:03:00 PM

sayang diorg tak dapat masuk...tgl lg sikit je nk final tu...

Eriyza Fri Nov 19, 11:53:00 PM

@cik panadol
Nak wat camna, takde rezki dorang. Filipina laa dpt tpt tahun ni. :)

Post a Comment

Gunakan tatabahasa yang betul sewaktu menulis komentar agar mudah difahami oleh penulis. Terima kasih. :-)

Sila ambil perhatian perkara² berikut :-

1. Tinggalkan nama dan url blog atau laman web anda.
2. HTML tag seperti <b>, <i>, <a> boleh digunakan.
3. Sila berhemah di dalam berbahasa.