Dec 10, 2010

Congrats To The Riches


[- Richard Hardin + Richard Herrera -]

Seperti ramalan ramai, pasukan pilihan dari awal yang dikatakan berpotensi untuk memenangi The Amazing Race Asia 4 akhirnya menepati jangkaan. Trio dari Filipina yang mempunyai nama serupa iaitu Richard Herrera dan Richard Hardin memijak karpet terlebih dahulu sekaligus mengalahkan dua lagi pasukan iaitu Michelle & Claire (Singapura) serta Natasha & Hussein (Indonesia). Penulis antara peminat setia siri pengembaraan merentasi dunia yang hebat ini bersorak riang ketika Allan Wu mengumumkan mereka sebagai pemenang.







Allan Wu : Richard and Richard, you're the official winners of The Amazing Race Asia.

Sahabat yang menggelarkan diri mereka sebagai The Riches memenangi hadiah utama iaitu USD100,000. Nampak gayanya semakin 'rich' mereka berdua. Persembahan konsisten yang mereka tonjolkan sejak dari larian mula selain dari persefahaman tinggi membolehkan kedua²nya berkompromi dengan baik sepanjang tugasan disiapkan. Selain The Riches, penulis turut menyokong pasukan dari Malaysia iaitu Ethan & Khairie. Malangnya mereka sekadar menduduki tempat kelima.

©Eriyza : Malam Khamis tanpa The Amazing Race Asia akan menyebabkan penulis tidak lagi tercongok di hadapan skrin flat tv.


0 Comment

Post a Comment

Gunakan tatabahasa yang betul sewaktu menulis komentar agar mudah difahami oleh penulis. Terima kasih. :-)

Sila ambil perhatian perkara² berikut :-

1. Tinggalkan nama dan url blog atau laman web anda.
2. HTML tag seperti <b>, <i>, <a> boleh digunakan.
3. Sila berhemah di dalam berbahasa.