Hi readers! Topik kali ini penulis bawakan kepada anda secara langsung dari Facebook. Sekiranya anda dapat membaca coretan ini di blog penulis, bermakna penulis telah berjaya di dalam eskperimen ini.
Alang² menulis, biar penulis nukilkan sedikit kisah sedih yang berlaku pada 1 Muharram 1432 Hijriah. Permulaan tahun baru dalam kalendar Islam, penulis menerima khabar bahawa motosikal LC milik adinda bongsu telah dicuri orang. Adinda menelefon kira² jam 8 lebih malam memaklumkan kepada kami bahawa motosikalnya didapati hilang pada waktu petang. Ayahanda menasihatkannya agar melaporkan kejadian itu ke balai polis dengan segera.
Hari ini adinda bongsu terpaksa ke pejabatnya dengan berjalan kaki. Kasihan juga. Doa dan harapan penulis semoga motosikalnya dikembalikan semula di dalam keadaan baik. Doa dari kalian juga kami mohon.
Semoga adinda bongsu sentiasa tabah. Sesungguhnya setiap musibah mengandungi hikmah.
2 Comment
Dari Facebook Ke Blogspot...ada gaya la, xde tutorial ke canne nk wat gni?
@Pozi ABB
Tutorial akan menyusul kemudian. InsyaAllah.
Post a Comment
Gunakan tatabahasa yang betul sewaktu menulis komentar agar mudah difahami oleh penulis. Terima kasih. :-)
Sila ambil perhatian perkara² berikut :-
1. Tinggalkan nama dan url blog atau laman web anda.
2. HTML tag seperti <b>, <i>, <a> boleh digunakan.
3. Sila berhemah di dalam berbahasa.