Jan 24, 2011

Bloggers Perlu Bayar Cukai


Melongo sebentar penulis apabila mengamati berita ini tadi. Akhirnya para bloggers yang menjana pendapatan ribu riban sebulan bakal dikenakan cukai mengikut Akta Cukai Pendapatan 1967 dibawah seksyen 7. Apakah pendedahan demi pendedahan yang dikemukakan oleh bloggers tersohor di laman blog masing² menjadi isu penting sehingga kerajaan memutuskan untuk mengutip hasil darinya?? Harus diingat, pendapatan setiap bloggers adalah berbeza² malah ianya tidak pula tetap. Lantas, bagaimana kerajaan mahu mengira punca pendapatan yang tidak stabil ini??

Menurut sumber tersebut lagi, hanya bloggers yang menjana pendapatan melebihi RM2500 sahaja akan dikenakan bayaran. Maknanya, penulis tidak termasuk dalam kelompok yang layak membayar cukai blog.


Selepas bloggers kena cukai, apa lagi cukai akan kerajaan perkenalkan?? Mungkinkah setiap rumah yang mempunyai komputer / laptop turut dikenakan cukai teknologi dan komunikasi??

©Eriyza : Setiap hari membanting tulang dari pagi ke malam demi mencari rezeki, malangnya gaji yang diperolehi asyik kena bayar cukai. Mana tak pokai??


Via : Jabatan Penerangan Malaysia

11 Comment

B Hunter Mon Jan 24, 02:10:00 AM

Ada pro & kontra sekiranya dikenakan cukai.

Tapikan, terfikir jugak. Dalam Islam, kita ada konsep zakat. Sedikit daripada pendapatan kita akan diberikan kepada golongan-golongan yang telah ditentukan. Kalaulah setiap blogger yang mempunyai pendapatan daripada blog masing-masing menyumbangkan pendapatan mereka untuk zakat (perniagaan), alangkah bagusnya.

Eriyza Mon Jan 24, 10:15:00 AM

@MakLaN
Kalau dikenakan zakat, bagus jugak. Dapat dibahagikan kepada asnaf² tertentu.

Terima kasih atas komen yang diberi. :)

hanis aleeya aka gadis sepi Mon Jan 24, 01:45:00 PM

hahaha.. setahun tak sampai pun rm 10 nak bayar cukai.. g lhdn campak doposen depan tu kata bayar cukai leh? ahaha.. campak macam main fountain of fortune tu..

pasal yang ni...
Selepas bloggers kena cukai, apa lagi cukai akan kerajaan perkenalkan?? Mungkinkah setiap rumah yang mempunyai komputer / laptop turut dikenakan cukai teknologi dan komunikasi??

di india harga sebuah laptop cuma 39$ ja [yang paing murah] untuk menggalakkan setiap rumah ada satu laptop. tak kena cukai pun, Kalau malaysia nak buat macam tu abis la semua student kena potong ptptn yang tak cukup sebab masing2 ada laptop.

blogger poyo yang bagitau pendapatan dia sebagai blogger ni boleh buat makan berbulan setiap kali cash out menyusahkan blogger "berpendapatan rendah". manyampah. can we stop this thing please|? menunjuk lebih! menyampah!

I hate her blog. Redmummy. Why? gambar gambar gambar gambar. LOL! I love words not picts.

ahaha.. sorry terbuat rage kat sini..

Unknown Mon Jan 24, 04:33:00 PM

Rm2,500 tu pendapatan utk sebulan ke... setahun berblog pun tak leh nak capai nilai tu.. ;)

http://www.kakyong.com/

ohcikgu Mon Jan 24, 05:41:00 PM

rm2500? huhu..dah berbulan. tak sampai tahap tu lagi..

Eriyza Tue Jan 25, 12:39:00 AM

@aleeya husnan
Eriyza suka komen awak. :)

Secara jujurnya, sy sendiri terlalu jarang ke blog RedMummy. Tiada aura yg bleh menarik sy ke situ. Prioriti sy lebih kepada blog / web ilmiah yang mencambahkan ilmu.

Mungkin pada asalnya, mrk yg menjana pendapatan lumayan dr blog mahu memotivasikan bloggers lain. Akan tetapi apabila berita kaya cepat dengan berblog digembar-gemburkan, natijahnya turut terkena bloggers lain.

So, lepas ni, bloggers yg dah jadi kayawan (kaya-raya), takyahlah dok tampal cek ribu riban yg korang dpt. Diam² sudah.

Eriyza Tue Jan 25, 12:42:00 AM

@kakyong
Tak dinyatakan dgn jelas pulak tempoh masanya. :)

Eriyza Tue Jan 25, 12:44:00 AM

@ohcikgu
Naseb kita serupa laa. Merangkak jer duit Nuff tuh nak betambah. Hehehe!!! :p

EzzEddin Sat Jan 29, 01:17:00 PM

@aleeya husnan
komen u menjawab semuanya !!
wink

Anonymous

Itulah..ramai sangat otai blogger yang berlagak dengan hasil pendapatan masing-masing. Tak pasal2 kena bayar cukai padan muka masing2

Eriyza Tue May 31, 07:33:00 PM

@Anonymous
Tak ramai bloggers yg kaya, hanya sebilangan kecil saja.

Post a Comment

Gunakan tatabahasa yang betul sewaktu menulis komentar agar mudah difahami oleh penulis. Terima kasih. :-)

Sila ambil perhatian perkara² berikut :-

1. Tinggalkan nama dan url blog atau laman web anda.
2. HTML tag seperti <b>, <i>, <a> boleh digunakan.
3. Sila berhemah di dalam berbahasa.