Jan 20, 2011

Semak Kata Laluan Dengan Password Meter


Satu ribu. Ya, satu ribu. Apa yang satu ribu?? Sebenarnya topik ini adalah entri yang bernombor 1000 secara rasmi di blog ini. Hmmm, terlalu perlahankah entri di blog ini bergerak atau kecerewetan penulis di dalam memilih topik yang menyebabkannya begitu?? Setelah enam tahun lebih berblogging, akhirnya entri yang ke satu ribu memasuki carta. Bercerita tentang blog, tentu anda maklum sebelum mula menulis, anda perlu mendaftar username dan juga password. Justeru, topik hari ini agak istimewa kerana ia ada kaitan dengan password.

Cuba lihat password yang anda reka untuk setiap akaun yang anda ada sama ada Twitter, Facebook mahu pun Blogger sendiri atau pun lain² web, adakah ia sudah cukup selamat untuk melindungi akaun anda?? Password yang terbaik adalah dengan menggabungkan abjad dan huruf seperti 3r1yz4n0v3114.

Jika mahu tahu keberkesanan password yang anda cipta, anda bolehlah mengujinya di Password Meter. Jika keputusan yang anda dapat adalah very weak, segeralah menukar password anda agar lebih selamat.

Anda juga boleh merujuk topik semak kata laluan.

0 Comment

Post a Comment

Gunakan tatabahasa yang betul sewaktu menulis komentar agar mudah difahami oleh penulis. Terima kasih. :-)

Sila ambil perhatian perkara² berikut :-

1. Tinggalkan nama dan url blog atau laman web anda.
2. HTML tag seperti <b>, <i>, <a> boleh digunakan.
3. Sila berhemah di dalam berbahasa.