Feb 24, 2011

Kata Hubung Gabungan


Kata hubung mempunyai beberapa kategori, hari ini penulis ingin fokuskan pada kata hubung gabungan. Jom kita masuk kelas.

Kata Hubung Gabungan

a. Kata hubung atau tidak boleh saling bertukar fungsi dengan ataupun. Ini adalah kerana kata hubung ataupun hanya boleh hadir dalam konteks berpasangan;

“Dia ataupun saya yang cikgu ingin jumpa?” tanya Amiza.

“Dia atau saya yang cikgu ingin jumpa?” tanya Amiza.

b. Kata hubung melainkan mempunyai dua maksud, iaitu kecuali dan sebaliknya. Dalam konteks ayat kadang-kadang ketiga-tiga kata tidak boleh bertukar ganti;

Pertuturan baku boleh digunakan dalam situasi rasmi, kecuali pertuturan pasar digunakan dalam urusan tidak rasmi.

Pertuturan baku boleh digunakan dalam situasi rasmi, sebaliknya/melainkan pertuturan pasar digunakan dalam urusan tidak rasmi.

c. Kata hubung tetapi yang digunakan untuk menunjukkan dua perkara yang berlainan tidak boleh dipendekkan menjadi tapi dalam tulisan rasmi;

Hasimah bijak belajar tapi dia malas mengulang kaji pelajarannya.

Hasimah bijak belajar tetapi dia malas mengulang kaji pelajarannya.

d. Kata hubung padahal, sedangkan atau walhal digunakan untuk menyatakan dua keadaan yang berlainan. Kata hubung manakala pula menunjukkan dua keadaan yang berlainan. Kata hubung manakala dan sedangkan dalam sesetengah ayat dapat digunakan secara bertukar ganti dan dalam sesetengah ayat pula tidak boleh menggantikan fungsi antara satu sama lain;

Rahul seorang yang lembab, manakala dia daripada kalangan keluarga yang berpelajaran.

Rahul seorang yang lembab, sedangkan/walhal/padahal dia daripada kalangan keluarga yang berpelajaran.

e. Kata hubung kemudian digunakan untuk menunjukkan selepas sesuatu waktu. Kata hubung ini tidak boleh digunakan silih bertukar dengan kata hubung setelah, sesudah dan lalu.

Mula-mula Faiz mendahului larian itu, setelah dipintasi Erwan.

Mula-mula Faiz mendahului larian itu, kemudian dipintasi Erwan.

Nota ringkas :-

Perkataan berwarna merah merujuk kepada penggunaan kata hubung gabungan yang salah manakala perkataan berwarna biru bermaksud penggunaan kata hubung gabungan yang betul.

Via : Cikgu Zainudin

0 Comment

Post a Comment

Gunakan tatabahasa yang betul sewaktu menulis komentar agar mudah difahami oleh penulis. Terima kasih. :-)

Sila ambil perhatian perkara² berikut :-

1. Tinggalkan nama dan url blog atau laman web anda.
2. HTML tag seperti <b>, <i>, <a> boleh digunakan.
3. Sila berhemah di dalam berbahasa.