Feb 15, 2011

Maulidur Rasul 1432H


Rabiul Awal menjadi bulan penting dalam menyingkap sejarah tersohor umat Islam sejagat. Bulan ketiga di dalam kiraan tahun Hijriah ini merupakan bulan terpilih kerana junjungan besar Nabi Muhammad S.A.W diputerakan pada 12 Rabiul Awal Tahun Gajah bersamaan 23 April 571.

Sempena bulan kelahiran Rasulullah ini, penulis menyeru diri sendiri dan sekalian handai taulan yang membaca topik ini agar memperbanyakkan selawat ke atas nabi kita.

Sabda Nabi SAW: Barangsiapa berselawat kepadaku 10 kali pada waktu pagi dan 10 kali pada waktu petang tiap hari, ia akan beroleh syaafaatku pada hari kiamat – Hadis Riwayat Thabrani


2 Comment

Unknown Thu Mar 31, 12:34:00 AM

Salam...nice blog...

Eriyza Wed Apr 06, 03:26:00 PM

@Khairil
Wsalam. Terima kasih.

Post a Comment

Gunakan tatabahasa yang betul sewaktu menulis komentar agar mudah difahami oleh penulis. Terima kasih. :-)

Sila ambil perhatian perkara² berikut :-

1. Tinggalkan nama dan url blog atau laman web anda.
2. HTML tag seperti <b>, <i>, <a> boleh digunakan.
3. Sila berhemah di dalam berbahasa.