Penulis baru usai menonton sebuah filem yang cukup hebat. Hebatnya bukan kerana dipenuhi teknik cgi yang membolehkan hero terbang melayang atau pun set penggambaran yang menelan kos jutaan ringgit. Tidak! Tidak sama sekali. Tidak keterlaluan jika penulis katakan filem ini bajetnya rendah tetapi mesejnya tinggi. Filem ini juga berjaya memuntahkan mutiara jernih dari kolam mata penulis yang terlalu mahal harganya untuk dibazirkan buat filem
The Way Home (집으로 – Jibeuro) menembusi pawagam pada tahun 2002. Filem ini berkisar tentang seorang nenek yang diminta menjaga cucu yang langsung tidak pernah diketahui wujudnya. Cucu yang membesar sebagai budak bandar, tidak dapat membiasakan diri dengan kehidupan di kawasan pedalaman yang tiada kemudahan elektrik mahu pun pili air. Bayangkan, bateri untuk alat permainan Game Boy cukup sukar untuk dicari.
Lebih menyukarkan komunikasi antara kedua beranak ini adalah nenek tua itu bisu tetapi tidak pekak. Pelbagai karenah cucunya yang cukup menyakitkan hati tidak pula merobohkan tembok kesabaran si nenek. Suatu ketika, si cucu meminta Kentucky Fried Chicken, maka si nenek yang hanya faham cucunya mahu sajian ayam membawa hasil tanamannya untuk dijual sebelum kembali di dalam hujan dengan seekor ayam. Cucunya cukup marah apabila ayam goreng idamannya menjadi ayam rebus sehingga nasi dilempar ke lantai.
Ada banyak lagi adegan menarik yang perlu anda tonton. Ya, anda perlu tonton kerana filem ini menggungguli anugerah filem tahun 2002. Selamat menonton The Way Home.
©Eriyza : Kasih sayang antara ahli keluarga terlalu mendalam sehingga sukar untuk penulis mengekang butiran mutiara jernih dari gugur. Terima kasih kepada para pelakonnya yang hebat menjiwai watak masing².
0 Comment
Post a Comment
Gunakan tatabahasa yang betul sewaktu menulis komentar agar mudah difahami oleh penulis. Terima kasih. :-)
Sila ambil perhatian perkara² berikut :-
1. Tinggalkan nama dan url blog atau laman web anda.
2. HTML tag seperti <b>, <i>, <a> boleh digunakan.
3. Sila berhemah di dalam berbahasa.