Mar 11, 2011

Kata Hubung Pancangan


Baiklah anak², hari ini kita teruskan pembelajaran Tatabahasa kita. Kali ini kita terokai pula rahsia kata hubung pancangan. Nak tahu lebih lanjut?? Baca sampai habis.

Kata Hubung Pancangan

a. Kata hubung apabila yang menunjukkan sesuatu waktu boleh saling bertukar dengan ketika, sewaktu, atau semasa. Tetapi kata hubung apabila tidak boleh menggantikan kata tanya bila dalam sesuatu ayat.

Bila bertemu, kami jarang bertegur sapa.

Apabila bertemu, kami jarang bertegur sapa.

b. Kata hubung kerana tidak boleh hadir selepas kata sendi nama oleh menjadikannya oleh kerana. Ini adalah kerana kata sendi nama hanya menerima kelas kata nama sahaja selepasnya. Oleh itu oleh sebab digunakan untuk menunjukkan sebab/punca bukan oleh kerana;

Oleh kerana tidak berduit dia tidur di kaki lima bangunan.

Oleh sebab tidak berduit dia tidur di kaki lima.

c. Kata hubung hingga, sehingga, hinggakan, sehinggakan atau sampai boleh saling bertukar ganti penggunaannya dalam sesuatu ayat bagi menunjukkan had atau kadar. Kata hubung hingga/sampai tidak memerlukan kata sendi ke selepasnya dalam ayat;

Suara bayi itu menangis kedengaran hingga ke rumah saya.

Suara bayi itu menangis kedengaran hingga rumah saya.

d. Kata hubung komplemen bahawa digunakan untuk membentuk klausa yang bertugas pancangan relatif. Kata hubung pancangan relatif yang tidak boleh berfungsi sebagai komplemen selepas kata kerja transitif atau kata adjektif dan sebelum kata nama;

Dia menerangkan yang murid yang sakit itu telah dimasukkan ke hospital.

Dia menerangkan bahawa murid yang sakit itu telah dimasukkan ke hospital.

e. Penggunaan kata hubung pancangan relatif yang digunakan untuk membentuk frasa penerang kata nama atau frasa nama. Ini kerana tanpa penggunaan yang, ayat menjadi tidak gramatis. Penggunaan yang juga secara tidak langsung boleh bertindak sebagai penanda nama baik dalam ayat jenis penyata atau ayat tanya songsang;

Baju biru itu kepunyaan Arbaiyah.

Baju yang biru itu kepunyaan Arbaiyah.

Nota ringkas :-

Perkataan berwarna merah merujuk kepada penggunaan kata hubung pancangan yang salah manakala perkataan berwarna biru bermaksud penggunaan kata hubung pancangan yang betul.

Via : Cikgu Zainudin

0 Comment

Post a Comment

Gunakan tatabahasa yang betul sewaktu menulis komentar agar mudah difahami oleh penulis. Terima kasih. :-)

Sila ambil perhatian perkara² berikut :-

1. Tinggalkan nama dan url blog atau laman web anda.
2. HTML tag seperti <b>, <i>, <a> boleh digunakan.
3. Sila berhemah di dalam berbahasa.