Mar 2, 2011

Selamat Tinggal Wan Ahmad Fadzil

Arwah Wan Mohd Fadzil sekeluarga di majlis perkahwinan Knizam.
Gambar ehsan Knizam.

Tengahari tadi ketika asyik melayan Berita 1 Tengahari, penulis melihat berita kemalangan antara sebuah Myvi dan seekor kuda. Dikhabarkan pemandunya telah meninggal dunia. Ciri² arwah yang diceritakan oleh pembaca berita seakan² sama dengan penulis blog yang sering penulis kunjungi. Oleh kerana penulis hanya mengetahui nama penanya berbanding nama sebenar, penulis segera ke blognya tetapi tiada shoutbox untuk penulis ketahui hal sebenar. Mata tertancap pada pautan blog rakan²nya lantas penulis terus menjelajah dari satu blog ke blog yang lain. Akhirnya, sahih lagi pasti, dialah orangnya yang telah dijemput pulang.

Dia pengkarya yang sentiasa mempunyai rencaman idea bernas setiap kali isu diutarakan. Dia membuatkan penulis ralit menghabiskan masa melalui tintanya walaupun blognya cukup ringkas. Dia banyak menulis tentang Pakistan, sebuah negara yang 'dekat' dengan penulis. Kini, tiada sesiapa lagi yang akan bercerita pada penulis tentang Pakistan.

Selamat jalan Wan Ahmad Fadzil atau lebih popular sebagai Nafastari. Sungguh berharga 'harta' yang kau tinggalkan buat Mawar. Wan Nadaa (2 tahun) dan Wan Marwa (2 bulan) pasti akan lebih mengerti tentang kamu apabila mereka membaca khazanahmu nanti. Pasti mereka tahu kamu seorang bapa yang hebat walaupun kamu hanya akan mereka ketahui dalam penceritaan ibu mereka. Rupa parasmu akan mereka kenali melalui gambar² yang kau tinggalkan.

Kukirimkan Al-Fatihah buatmu. Semoga tempatmu di sisi orang² yang beriman dan beramal soleh.

©Eriyza : Berita lanjut mengenai kemalangan arwah boleh dibaca di Harian Metro. Malangnya terlalu banyak fakta yang kurang tepat.

4 Comment

Anem Arnamee Thu Mar 03, 11:04:00 AM

ya ALLAH. sedih tengok berita tu kat tv. semua kita milik dia. semoga beliau dipermudahkan disana . Amin

nabilah_2908 Thu Mar 03, 03:14:00 PM

Al-fatihah.....(-_-)

jom ke APA KATA HATI pulak,
FOLLOWERS APA KATA HATI

*Mawar Nafastari* Mon Mar 14, 11:59:00 PM

terima kasih ..

Eriyza Tue Mar 15, 07:55:00 PM

@* Mawar Nafastari *
Sama². Semoga kamu tabah wahai Mawar untuk membesarkan 'harta' peninggalan arwah.

Post a Comment

Gunakan tatabahasa yang betul sewaktu menulis komentar agar mudah difahami oleh penulis. Terima kasih. :-)

Sila ambil perhatian perkara² berikut :-

1. Tinggalkan nama dan url blog atau laman web anda.
2. HTML tag seperti <b>, <i>, <a> boleh digunakan.
3. Sila berhemah di dalam berbahasa.