Apr 21, 2011

Kata Ganti Nama Diri


Adakah anda yakin anda telah menggunakan kata ganti nama diri yang betul di dalam penulisan anda?? Tahukah anda, ada banyak kesalahan tatabahasa yang berlaku meskipun ianya ditulis oleh wartawan, novelis dan penulis yang lainnya. Mari kita lihat cara yang betul menggunakan kata ganti nama diri.

Kata Ganti Nama Diri

a. Ketidaksesuaian penggunaan kata ganti nama diri mengikut kedudukan seseorang, suasana ketika bercakap, hubungan seseorang yang lain ketika sedang berkata-kata:

Encik James pengurus di sini. Sekarang ini dia sedang berkursus di Singapura

Encik James pengurus di sini. Sekarang ini beliau sedang berkursus di Singapura


b. Kata ganti nama diri bentuk jamak tidak boleh digandakan;

“Marilah kita sertai mereka-mereka yang baru datang itu,” kata Salina

“Marilah kita sertai mereka yang baru datang itu,” kata Salina


c. Kata ganti nama diri mereka dan ia tidak boleh digunakan untuk merujuk kepada binatang, benda dan perkara/konsep;

Si Hitam sangat lembut bulunya. Ia juga berwarna menarik

Si Hitam sangat lembut bulunya dan berwarna menarik


d. Kata ganti nama diri ketiga ia tidak boleh bertugas sebagai objek kepada kata sendi atau kata kerja transitif;

Saya berasa seronok dapat berkawan dengan ia

Saya berasa seronok dapat berkawan dengannya


e. Kata ganti nama diri ketiga ia tidak boleh bertugas sebagai kata nama pelaku dalam ayat pasif diri ketiga;

Beg ia telah diselongkar ketika bersenam di padang

Begnya telah diselongkar ketika bersenam di padang


f. Kata ganti diri ketiga ia dan nya tidak boleh digabungkan menjadi ianya;

Penagihan dadah di kalangan pelajar perlu dibanteras segera kerana bimbang ianya kian menular

Penagihan dadah di kalangan pelajar perlu dibanteras segera kerana bimbang kian menular


g. Kata ganti nama diri daku dan dikau tidak boleh digunakan sebagai objek
kecuali pada kata kerja transitif atau kata sendi yang berakhir dengan huruf ‘n’;

Ibuku sungguh tertarik hati kepada dikau kerana pekertimu itu

Ibuku sungguh tertarik hati akan dikau dengan pekertimu itu


h. Kata ganti nama diri singkat iaiti kau, ku, mu dan nya tidak boleh dieja
berasingan dengan kata lain yang menyertainya;

“Tolong kau ambilkan aku segelas air” kata Sri

"Tolong kau ambilkan aku segelas air” kata Sri


Nota ringkas :-

Perkataan berwarna merah merujuk kepada penggunaan kata ganti nama diri yang salah manakala perkataan berwarna biru / tidak berwarna bermaksud penggunaan kata ganti nama diri yang betul.

Via : Cikgu Zainudin

0 Comment

Post a Comment

Gunakan tatabahasa yang betul sewaktu menulis komentar agar mudah difahami oleh penulis. Terima kasih. :-)

Sila ambil perhatian perkara² berikut :-

1. Tinggalkan nama dan url blog atau laman web anda.
2. HTML tag seperti <b>, <i>, <a> boleh digunakan.
3. Sila berhemah di dalam berbahasa.