Apr 27, 2011

Rubber Stamp Untuk Emotikon


Apabila penulis mencoret sesuatu tentang rubber stamp, agaknya apakah yang berlegar di minda anda?? Tentu sekali anda terfkirkan tentang cop yang tertulis pelbagai nama, pangkat dan tarikh. Tahukah anda bahawa terdapat rubber stamp yang dikhususkan untuk emotikon??

Rubber stamp emotikon yang lebih dikenali sebagai Kaoiro (ekspresi muka) ini direka oleh Gingami yang menggunakan jenama Gung. Anda boleh menghasilkan sehingga 2000 emotikon dengan menggabungkan pelbagai jenis ekspresi wajah.

Berikut ialah contoh emotikon yang boleh dihasilkan :-






Ianya tersedia dengan warna hitam, putih dan natural, dijual pada harga ¥2,700 atau lebih kurang $33 USD (ikut kadar matawang semasa).

Kawaii! Apa kata anda tempah satu?? Opsss, penulis tidak pasti samada mereka mengambil tempahan untuk negara tertentu selain Jepun. Maklumat lanjut boleh dilihat di Gung. ~( > o < )~   

Eriyza : Setakat ini hanya ada dua rubber stamp, itu pun hanya digunakan ketika mengecop di dalam buku pelajar. Seperti biasa, hanya tertera nama penulis dan tarikh.

0 Comment

Post a Comment

Gunakan tatabahasa yang betul sewaktu menulis komentar agar mudah difahami oleh penulis. Terima kasih. :-)

Sila ambil perhatian perkara² berikut :-

1. Tinggalkan nama dan url blog atau laman web anda.
2. HTML tag seperti <b>, <i>, <a> boleh digunakan.
3. Sila berhemah di dalam berbahasa.