May 10, 2011

Harga Gula Naik 20 Sen Mulai 10 Mei


Harga gula dinaikkan sebanyak 20 sen mulai hari Selasa, 10 Mei 2011. Harga baru gula ialah 2.30 berbanding 2.10 sebelum ini. Menurut Ketua Setiausaha Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) Datuk Mohd Zain Mohd Dom, langkah untuk merasionalisasikan harga runcit gula itu dibuat selaras dengan keputusan mesyuarat Majlis Ekonomi pada Isnin.

Selepas menaikkan harga minyak RON 95 sebanyak 20 sen pada 5 Mei lalu, kini gula turut mengalami nasib yang sama. Nampaknya yang turun cuma air hujan.

©Eriyza : Kerajaan cuma mengisytiharkan harga gula naik tetapi para peniaga seperti kami akan membeli keperluan barang yang lain dengan harga yang turut meningkat kerana pihak pengeluar akan mengambil kesempatan atas kenaikan barang kawalan dan harga minyak. Milo sudah naik harga beberapa kali untuk tahun ini. Kalau naik 10 sen, boleh tahan lagi tetapi setiap kali harga naik, jumlahnya mencecah antara 50 sen sehingga 1 ringgit Malaysia.

5 Comment

ShE-iS-Me Tue May 10, 10:38:00 AM

haishh bile la gaji nak naik=(

Eriyza Tue May 10, 11:16:00 AM

@ShE-iS-Me
Tuh laa, tak seimbang langsung jadinya. Hmmm!

... Thu May 12, 09:39:00 PM

as salam..
gula naik?
tanam pokok pudina banyak2

=)

pengganti gula

http://fadzli-rt.blogspot.com

Eriyza Thu May 12, 11:58:00 PM

@...
Ahaks, minum air suam sudah.
Dalam masakan lak letak gula
melaka je.

Stephan Scoot Mon Apr 18, 02:19:00 PM

Well, I have got the best information from here the site is fully stuffed with the knowledgeable information. Mr. Sloan III

Post a Comment

Gunakan tatabahasa yang betul sewaktu menulis komentar agar mudah difahami oleh penulis. Terima kasih. :-)

Sila ambil perhatian perkara² berikut :-

1. Tinggalkan nama dan url blog atau laman web anda.
2. HTML tag seperti <b>, <i>, <a> boleh digunakan.
3. Sila berhemah di dalam berbahasa.