Pernahkah anda berjumpa dengan seseorang yang sombong dan kerana kesombongannyalah dia menjadi mangsa dendam kesumat orang lain?? Ya, inilah yang berlaku ke atas Kyle Kingson (Alex Pettyfer) yang suka memperlekehkan orang lain sehingga hidupnya sendiri musnah.
Kyle, si kaya yang angkuh, berlagak dan suka memandang serong pada orang lain. Pada suatu hari, dia telah mengajak Kendra (Mary-kate Olsen), seorang gadis yang berpewatakan pelik ke sebuah parti lalu memalukan gadis tersebut di khalayak ramai. Sebagai balasan di atas penghinaan Kyle, Kendra telah membaca mentera dan dihembuskan kepada Kyle.
Tidak lama kemudian, Kyle yang kacak
Dalam masa yang sama, Lindy (Vanessa Hudgens) yang sudah lama meminati Kyle terjebak dengan masalah apabila ayahnya membunuh along (kongsi gelap) secara tidak sengaja dan Kyle menyaksikan kejadian tersebut. Apakah pertukaran yang perlu dilakukan demi memastikan rahsia tersebut selamat??
Bagaimanakah Kyle meneruskan kehidupan dengan rupanya yang menakutkan?? Siapakah gadis yang akan mengungkapkan I LOVE YOU kepadanya sekaligus membebaskan sumpahannya?? Semuanya anda perlu cari sendiri di dalam filem Beastly. Sebuah lagi filem yang banyak memberi pengajaran, malah diolah dari dongeng Beauty and The Beast.
©Eriyza : Mengikut penilaian penulis, cerita ini biasa saja tetapi ada mesej yang boleh dijadikan pedoman. Kaya tidak bererti bahagia kalau hidup dilanda masalah.
0 Comment
Post a Comment
Gunakan tatabahasa yang betul sewaktu menulis komentar agar mudah difahami oleh penulis. Terima kasih. :-)
Sila ambil perhatian perkara² berikut :-
1. Tinggalkan nama dan url blog atau laman web anda.
2. HTML tag seperti <b>, <i>, <a> boleh digunakan.
3. Sila berhemah di dalam berbahasa.