Jun 21, 2011
Senarai Blog Yang Akan Digodam
Penulis melabelkan blog penulis hanyalah sebagai blog picisan yang langsung tidak popular apatah lagi hendak berdiri sebaris dengan blog² gah yang lain. Akan tetapi, blog picisan ini tersenarai antara blog yang akan digodam. Sahih atau palsu, berita yang tersebar meluas ini tidak pula penulis ketahui kebenarannya.
Sebaik mengetahui cerita tersebut, penulis dengan pantas telah menukar password blog lalu memindahkan kesemua pos² blog penulis ke blog lain. Sekurang²nya penulis berusaha untuk melindungi karya yang pernah penulis nukilkan.
Jika anda juga mempunyai blog, bersegeralah melakukan tindakan yang wajar agar tulisan anda boleh dipelihara. Jika tidak terkena godaman, maka anda dikira bernasib baik tetapi jangan lupa menepuk dahi apabila hampir semua entri anda hilang akibat digodam dengan kejam.
Senarai blog² yang bakal dan telah digodam, boleh disemak di sini.
©Eriyza : Wahai para penggodam, janganlah digodam blog ini kerana tidak berbaloi menggunakan ilmu korang ke atas blog yang cuma melukut di tepi gantang di dunia maya ini. Korang pergilah godam blog² tentang gay / lesbian yang bersepah tu. Kasi bersih sikit dunia blog dari gejala kaum sejenis.
Date :
Tuesday, June 21, 2011
Tags :
Daily Notes
6 Comment
Pasai pa nak godam plak tu. Isk2.
@iEn
Cheq pun tatau, depa nak test power kot.
mm betul jugak kan..nape la nk godam blog kite yg tak seberapa ni..lain lah godam blog/web2 lucah semua tu..nmpaknya mereka memang belom mahir lagi bab2 ni..xpun saje tunjuk pandai dekat org yg xpandai mcm kite ni..ape lah sgt blog kite kan?xade ape2 faedah pon dorang godam blog kite..tp mujur lh blog aku tak de tersenarai..tp tak tau lah..kot2 dorang gatal jugak..xkesah lah nk godam blog aku ke tidak..korang nk blog aku..korang amik lah..aku xkesah..sbb blog ni bukan nyawa aku pon..dh amik langkah2 tu bagus la..harap2 gomen dpt buat sesuatu kat dorang ni..sama2 kite nantikan
@HARITH ISKANDAR
Depa nak test power kot. Alang² terror, pi laa godam web wal blog tak bermoral yg bersepah tu.
hehe blog den pernah tersenarai gak.. tp sampai sekarang xde lak diaorg nak godam.. tp be careful.. back up data dan juga tukar passwords pjg2
@Mr.PinGu:
Aha, baik sediakan payung
sebelum hujan turun. :)
Post a Comment
Gunakan tatabahasa yang betul sewaktu menulis komentar agar mudah difahami oleh penulis. Terima kasih. :-)
Sila ambil perhatian perkara² berikut :-
1. Tinggalkan nama dan url blog atau laman web anda.
2. HTML tag seperti <b>, <i>, <a> boleh digunakan.
3. Sila berhemah di dalam berbahasa.