Jun 16, 2011

SKMM Menyekat 10 Laman Perkongsian Terkenal


Berita buruk buat kaki² download, laman² web yang biasa anda gunapakai untuk menyedut lagu dan filem kini tidak boleh diakses masuk berikutan permintaan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia (SKMM) Malaysia agar penyedia internet menghalang kemasukan ke 10 buah laman web popular.

Antara laman² web yang disekat ialah Warez-BB.org, ThePirateBay, Movie2k, MegaVideo, PutLocker, DepositFiles, DuckLoad, FileServe, FilesTube, dan juga MegaUpload.

Selepas SKMM memulakan perang media seperti ini, adakah blog² politik yang hebat mengecam kerajaan bakal menerima nasib yang sama??

©Eriyza : Kerajaan Malaysia, jika laman² web di atas didakwa menyediakan perkhidmatan memuatturun media secara haram, mengapa tidak dihalang laman² web lucah wal porno yang bersepah di internet?? Kalau nak berjuang, buatlah dengan bersungguh, bukankah kalian mementingkan integriti??

Via | Photos : Amanz

1 Comment

mselim3 Tue Aug 20, 12:55:00 PM

Assalammualaikum...eriyza,

mselim3 datang sini baca2 daripada link apesal.... ziarah kekawan...

pls: if u free visit me k....

Post a Comment

Gunakan tatabahasa yang betul sewaktu menulis komentar agar mudah difahami oleh penulis. Terima kasih. :-)

Sila ambil perhatian perkara² berikut :-

1. Tinggalkan nama dan url blog atau laman web anda.
2. HTML tag seperti <b>, <i>, <a> boleh digunakan.
3. Sila berhemah di dalam berbahasa.