Penulis
Penulis menekan butang 'pause' beberapa kali sebelum filem ini tamat. Itu sudah cukup menggambarkan betapa bosannya untuk menghabiskan filem ini yang hanya berdurasi 1 jam lebih. Penulis mengharapkan filem ini setanding filem romantik Korea atau sekurang²nya sebaik karya Tan Sri P Ramlee. Malangnya, ia jauh dari jangkauan.
Paling tidak logik, budak sekecil Amy (Mia Sara Nasuha) boleh pula memberikan cadangan soalan kepada Arman (Shaheizy Sam) untuk ditanya kepada tunangnya, Farina (tidak tahu nama). Bukankah itu terlalu ketara penipuannya?? Masakan budak sekecil itu yang belum pun bersekolah (ada ke diceritakan umurnya berapa?) boleh memikirkan hal nikah kahwin orang dewasa?? Tidak percaya?? Tengoklah sendiri.
Lagi satu, betulkah seseorang akan mengambil keputusan untuk meninggalkan pasangannya apabila mendapati dirinya sakit?? Jadi, apa gunanya janji sehidup semati ketika hangat dilamun cinta?? Sekadar retorik semata-mata??
Lakonan Shaheizy Sam mantap seperti biasa tetapi Lisa Surihani masih lagi kaku untuk sesetengah adegan malah airmatanya sedikit pun tidak menggugah jiwa penulis. Jangan kata hendak menangis, rasa sedih pun penulis tidak rasai. Mia Sara Nasuha?? Tak payah komenlah kot.
©Eriyza : Skrip untuk watak Amy terlalu lemah untuk dibandingkan dengan lakonan hebat Han Shin Bi walaupun kedua²nya comel. Mahu tahu siapa Han Shin Bi?? Tungguuu!
0 Comment
Post a Comment
Gunakan tatabahasa yang betul sewaktu menulis komentar agar mudah difahami oleh penulis. Terima kasih. :-)
Sila ambil perhatian perkara² berikut :-
1. Tinggalkan nama dan url blog atau laman web anda.
2. HTML tag seperti <b>, <i>, <a> boleh digunakan.
3. Sila berhemah di dalam berbahasa.