Nov 14, 2011
Latah Lucah
Repost : Latah Lucah
via Inspirasi Dari Kisah Benar by admin on 11/8/08
Kamu tentu pernah melihat situasi dimana seseorang yang mempunyai tabiat melatah diusik oleh seseorang yang lain. Lazimnya latah dikaitkan dengan wanita yang berusia namun masih boleh berlaku pada mana-mana jantina, peringkat usia dan latar belakang sosial. Pelatah akan bertindak balas secara spontan apabila mereka terkejut atau dicuit. Orang yang melatah itu akan menyebut perkataan atau meniru tingkah laku orang lain di sekelilingnya terus-menerus dan berulang-ulang.
Apa yang penulis ingin tekankan disini ialah latah yang melibatkan perkataan lucah. Cuba kamu bayangkan, di majlis yang dipenuhi dengan pelbagai golongan masyrakat, tiba² ada seorang pelatah yang di luar kesedarannya telah menyebut perkataan yang memalukan. Peliknya, perkataan yang disebut samada pelatah itu lelaki atau wanita, ia lebih merujuk kepada alat sulit wanita. Jarang pula pelatah menyebut tentang alat kelamin lelaki di dalam latah mereka. Tidak perlulah penulis berikan contoh² ayat tersebut kerana penulis andaikan kamu sudah maklum. Namun, tidak dinafikan ada juga pelatah yang sering menyebut kedua-dua perkataan itu sekaligus.
Mengapa pelatah tidak menyebut kalimah yang mengagungkan Tuhan?? Alangkah bagusnya kalau si pelatah tadi dapat menyebut Allah, Subhanallah atau Astargfirullahalazim. Tentu lebih enak didengar dan tidak pula mendatangkan rasa kurang senang pada orang lain.
Ada juga orang yang tidak mempunyai tabiat melatah tetapi apabila mereka terperanjat, secara automatik perkataan yang penulis sebutkan diatas menjadi ayat yang mereka tuturkan. Misalnya, pintu bilik tertutup secara tiba² dengan bunyi gedegang, maka orang yang terkejut tadi dengan pantas bertindak balas dengan menyebut perkataan-perkataan lucah tersebut.
Justeru, penulis berharap kamu bukan seorang pelatah yang menuturkan ayat-ayat sedemikian jika kamu mempunyai tabiat ini. Jangan pula kamu sengaja pergi mencucuk pinggang si pelatah semata-mata untuk menikmati hiburan percuma. Akhir sekali, penulis rasakan rakan² penulis bukan seorang pelatah. Betulkan penulis kalau salah. Bagaimana pula dengan kamu wahai insan yang sedang membaca topik ini. Adakah kamu seorang pelatah??
Date :
Monday, November 14, 2011
Tags :
Daily Notes
0 Comment
Post a Comment
Gunakan tatabahasa yang betul sewaktu menulis komentar agar mudah difahami oleh penulis. Terima kasih. :-)
Sila ambil perhatian perkara² berikut :-
1. Tinggalkan nama dan url blog atau laman web anda.
2. HTML tag seperti <b>, <i>, <a> boleh digunakan.
3. Sila berhemah di dalam berbahasa.