Nov 22, 2011

Sea Games 2011 : Malaysia Tewaskan Indonesia

Sepakan EMAS penangan Baddrol Bakhtiar

Alhamdulillah! Alhamdulillah! Alhamdulillah! Hanya ungkapan itu yang mampu penulis ucapkan sewaktu sepakan Baddrol Bakhtiar berjaya membolosi penjaga gol, Kurnia Meiga Hermansyah walaupun pada mulanya sudah berjaya ditangkap tetapi terlepas lalu terus menerjah masuk ke gawang lawan ketika sepakan penalti dalam perlawanan akhir Malaysia menentang Indonesia semalam. Malaysia muncul sebagai juara menerusi sepakan penalti 4-3 setelah terikat 1-1 sehingga permainan tamat.

We are the CHAMPION

Berikut penulis pertontonkan video ketika saat-saat kegemilangan Harimau Muda membaham Sang Garuda.


Sekalung penghargaan buat semua kontinjen kebangsaan yang bermain dengan semangat kesukanan yang tinggi sehingga tiupan wisel terakhir. Jati diri kalian ternyata begitu kental walaupun berdepan dengan ratusan ribu warga Indonesia yang membanjiri Stadium Utama Gelora Bung Karno.

Ternyata jari jemari Apek masih runcing untuk MENYELAMATKAN sepakan penalti Ferdinand Sinaga

Akhirnya Malaysia telah dinobatkan sebagai skuad bola sepak terbaik di Asia Tenggara. Kemenangan ini sekaligus menutup mulut pihak² tertentu yang memandang enteng pada pasukan bola sepak negara selain suka membuat provokasi. Sikap tidak menghormati orang lain jelas kelihatan apabila penyokong Merah Putih tidak berdiri sewaktu lagu Negaraku dimainkan.

Pingat EMAS milik kami

©Eriyza : Tahniah! Tahniah! Tahniah! Pujian patut diberi kepada anak² buah Ong Kim Swee yang tetap bersemangat mempertahankan gawang dari dibolosi pihak lawan walaupun jelas terpancar keletihan di wajah masing². Tahniah Harimau Muda kerana mengaum dengan nyaring di tempat lawan. Ngauman kalian merobek ego Sang Garuda lalu jatuh tersungkur.

Via | Kredit | Gambar : Sukan Star

0 Comment

Post a Comment

Gunakan tatabahasa yang betul sewaktu menulis komentar agar mudah difahami oleh penulis. Terima kasih. :-)

Sila ambil perhatian perkara² berikut :-

1. Tinggalkan nama dan url blog atau laman web anda.
2. HTML tag seperti <b>, <i>, <a> boleh digunakan.
3. Sila berhemah di dalam berbahasa.