Dec 19, 2011

Ariff Melamar Dena Melalui Kamera Nikon D3100

NUR DIANAH KAMARUL BAHRIN

Zaman serba moden ini, terlalu payah untuk menjumpai pasangan yang berkahwin tanpa terjebak ke kancah percintaan dulu. Kebanyakan pasangan yang menikah telah mengenali pasangannya sama ada bertahun atau mengambil masa yang singkat. Ini turut bermakna mereka acap kali keluar bersama untuk memadu kasih walaupun tanpa sebarang ikatan. Akan tetapi di sebalik jutaan perkahwinan atas nama cinta, terselit sebuah cerita teruna dara yang bertunang tanpa mengenali pasangan masing-masing secara rapat. Inilah kisah mereka yang bakal penulis bawakan kepada anda.


Maniskan kisah mereka?? Tanpa sebarang proses percintaan, mereka telah melangkah ke satu fasa baru kehidupan iaitu bertunang. Penulis cukup suka dengan sikap lelaki dalam video ini iaitu Ariff yang terus menghantar lamaran kepada keluarga si gadis saat hatinya terpaut kasih pada Dena. Itulah sebaik-baik cara untuk menjadikan seseorang gadis itu milik anda. Tahniah Ariff dan Dena kerana mengikut prosedur Islam dalam proses melangkah ke alam perkahwinan.

©Eriyza : Secara peribadi, penulis turut mahukan lamaran seperti ini. Penulis tidak maksudkan meniru cara Ariff membuat slide gambar tetapi terus menghantar lamaran kepada ayah jika sudah suka sama suka. Mudah-mudahan penulis bertemu putera idaman tidak lama lagi. Amin.

3 Comment

Izyan Izzaty Thu Dec 22, 11:28:00 AM

Alangkah indahnya dunia kalau semua orang mcm ni. :)
Berharap putera idaman juga sanggup menjadi seperti ariff, tapi mcm bermimpi di siang hari haha.

Semoga mereka bahagia sampai ke syurga.

Eriyza Thu Dec 22, 12:55:00 PM

@Izzy:
Ya, doakan yg baik tuk mereka. :)

Unknown Tue May 08, 11:23:00 AM

:0

Post a Comment

Gunakan tatabahasa yang betul sewaktu menulis komentar agar mudah difahami oleh penulis. Terima kasih. :-)

Sila ambil perhatian perkara² berikut :-

1. Tinggalkan nama dan url blog atau laman web anda.
2. HTML tag seperti <b>, <i>, <a> boleh digunakan.
3. Sila berhemah di dalam berbahasa.