Sana sini para bloggers sibuk menceritakan perihal emak kahwin anak yang berlaku di Perkapuran, Sukabumi. Sebenarnya kes memalukan ini sudah lama berlaku kerana video asalnya dimuatnaik ke Youtube pada 7 Mei 2009 untuk program D'Show - Transtv yang juga keudara pada tarikh yang sama tetapi baru dikongsi di Facebook, maka ramailah bloggers yang mengambil kesempatan membuat liputan termasuk penulis.
Mengikut pemahaman penulis, permukahan ini berlaku atas desakan si emak, Sugiarti @ Dombret, yang melihat pesona bekas suaminya dalam diri anak lelakinya, Ferry. Justeru, anak lelakinya yang berusia 20 tahun sewaktu itu (2009) dipaksa untuk melayan kehendak batinnya. Si anak yang kononnya takut dihalau keluar tidak pula menolak hubungan terlarang itu berlaku.
D'SHOW - TRANSTV PART 1
D'SHOW - TRANSTV PART 2
Sejujurnya, penulis agak terkejut dengan jawapan anak beranak ini yang seolah² tiada rasa malu malah pegangan agama. Kalau bukan beragama Islam sekali pun, masakan agama lain membenarkan hubungan tanpa batasan?? Menurut komen di Youtube, di Indonesia sukar untuk membezakan sama ada seseorang itu muslim atau sebaliknya kerana mereka menggunakan bahasa yang sama misalnya ada orang bukan Islam menggunakan perkataan seperti Alhamdulillah.
Seperkara lagi, rancangan ini seolah² menggalakkan persundalan di sisi masyarakat apabila ada penonton bersorak sambil bertepuk walhal jawapan yang diberi sangat menjijikkan selain si pelakunya tidak dikaburkan wajah, tidak diberi nama samaran malah berbangga untuk tampil mengakui mereka berzina di khalayak ramai sedangkan sudah termaktub hukum haramnya.
“Diharamkan kepada kamu mengahwini ibu kamu, anak kamu, adik-beradik kamu, emak saudara sebelah bapa, emak saudara sebelah ibu, anak saudara perempuan bagi adik-beradik lelaki, dan anak saudara perempuan bagi adik-beradik perempuan.”
- An Nisa' : Ayat 23 -
Paling menjengkelkan apabila si emak berkata 'yang penting saya tidak berzina sama orang... sama anak sendiri'. Astaghfirullahala'zim!!! Kisah mereka ini hampir serupa dengan cerita yang pernah penulis tulis dahulu tentang hubungan terlarang. Percintaan sesama mahram ini ibarat kisah dongeng Indonesia yang terkenal antara Dayang Sumbi dan puteranya, Sangkuriang.
©Eriyza : Di tempat kita sendiri pun, banyak berlakunya sumbang mahram tetapi selalunya terselindung dari pengetahuan umum. Jika terbongkar, pasangan tersebut akan dicekup. Perkara seperti ini memerlukan kerjasama semua pihak agar kes haruan makan anak dapat dibendung sekali pun tidak dapat dihapuskan sepenuhnya.
0 Comment
Post a Comment
Gunakan tatabahasa yang betul sewaktu menulis komentar agar mudah difahami oleh penulis. Terima kasih. :-)
Sila ambil perhatian perkara² berikut :-
1. Tinggalkan nama dan url blog atau laman web anda.
2. HTML tag seperti <b>, <i>, <a> boleh digunakan.
3. Sila berhemah di dalam berbahasa.