Dec 2, 2011

Firuz Akhtar Juara Ustazah Pilihan 2011


Pastinya ramai yang mengikuti rancangan realiti Ustazah Pilihan 2011 di Astro Oasis. Penulis tidaklah mengikutinya tetapi hanya tahu sepintas lalu. Semalam telah berlangsung peringkat akhir program ini dan Ustazah Firuz Akhtar Binti Mohamad Bokhari telah dinobatkan sebagai pemenang. Selaku juara, Firuz membawa pulang sebuah kereta Peugeot, wang tunai berjumlah RM25,000, Pakej Haji dan Umrah, biasiawa Yayasan Antarabangsa al-Madinah, barangan elektronik, pakej spa beserta sebuah trofi.


Penulis ingin mengajak anda menonton dua buah video yang dirakamkan oleh Ustazah Pilihan ini sebagai salah satu medium dakwah. Syabas!



KHADIJAH BINTI KHUWAILID PART 1


KHADIJAH BINTI KHUWAILID PART 2


Untuk menonton video Firus Akhtar yang lain, anda bolehlah subscribe channelnya di Youtube. Anda juga boleh melihat catatan perjalanan hidupnya di blog FiruzAkhtar.

©Eriyza : Tahniah Ustazah Firus Akhtar. Teruskan berdakwah dengan pendekatan moden menggunakan medium Youtube atau apa sahaja asalkan matlamat tercapai.


0 Comment

Post a Comment

Gunakan tatabahasa yang betul sewaktu menulis komentar agar mudah difahami oleh penulis. Terima kasih. :-)

Sila ambil perhatian perkara² berikut :-

1. Tinggalkan nama dan url blog atau laman web anda.
2. HTML tag seperti <b>, <i>, <a> boleh digunakan.
3. Sila berhemah di dalam berbahasa.