Dec 28, 2011

KFC Membatalkan Promosi Double Zinger Burger Combo Percuma


Topik ini sudah lama ada di dalam draf blog penulis, terlupa hendak mengepos barangkali. Justeru, penulis memutuskan untuk menerbitkannya walaupun isu ini sudah lapuk sebagai pengajaran kepada pihak terbabit. 14/12/11 lalu, pihak Kentucky Fried Chicken (KFC) telah mengeluarkan kupon online untuk mendapatkan DOUBLE ZINGER BURGER COMBO secara percuma kepada orang ramai, tertakluk kepada terma dan syarat tertentu. Maka, ramailah rakyat marhaen yang mencetak kupon tersebut untuk kegunaan sendiri atau diberikan kepada orang lain.


Malangnya, belum pun sempat mereka yang mencetak kupon tersebut menggunakannya, KFC telah mengumumkan di Facebook mereka bahawa kupon tersebut tidak sah lagi dengan alasan berlaku lebihan permintaan berbanding stok yang disediakan. Maka, kecohlah Facebook dengan tulisan² tidak puas hati pengguna. Bayangkan, selepas beberapa jam dilancarkan, mereka menarik balik tawaran promosi tersebut sedangkan di kupon jelas tertulis ianya tamat pada 15/01/12. Tempoh sebulan telah bertukar menjadi sehari. Hal ini bukan sahaja mengundang kemarahan pengguna yang berasa tertipu malah turut mencalarkan kredibiliti KFC sebagai sebuah syarikat makanan segera yang gah.

©Eriyza : KFC mungkin terdesak untuk memberi kupon percuma bagi menarik pelanggan kerana persaingan sengit dengan restoran makanan segera yang lain. Tetapi mereka perlu pandai merangka promosi agar tidak berlaku kerugian yang banyak di pihak mereka. Misalnya, tawaran itu terhad untuk 11 pelanggan sahaja antara pukul 3.30 pagi sehingga 4.30 pagi setiap hari Khamis. Nampak??


Via : Facebook KFC Malaysia

2 Comment

anyss Wed Dec 28, 02:19:00 PM

Assalamualaikum,

Tak tahupun pasal beger percuma tu, tapi tahu bila tengok notis di KFC yang dia orang tak offer promosi tu kat cawangan berkenaan.

Eriyza Wed Dec 28, 02:31:00 PM

@anyss:
Waalaikumussalam. Sy pun tak sempat nak survey kat area sy samada promosi ni ada atau tidak. :)

Post a Comment

Gunakan tatabahasa yang betul sewaktu menulis komentar agar mudah difahami oleh penulis. Terima kasih. :-)

Sila ambil perhatian perkara² berikut :-

1. Tinggalkan nama dan url blog atau laman web anda.
2. HTML tag seperti <b>, <i>, <a> boleh digunakan.
3. Sila berhemah di dalam berbahasa.