Dec 6, 2011

Lapan Buah Ferrari Terlibat Dalam Nahas Ngeri


Kita sering 'cemburu' dengan pemilik kereta mewah kerana selalu dimomokkan bahawa kereta berkelas A serba sempurna dari segenap sudut. Dapatkah anda bayangkan keadaan kereta Ferrari, Lamborghini atau yang setaraf dengannya jika terlibat dalam nahas jalanraya?? Jawapannya dapat anda saksikan sendiri di dalam topik ini dan kekaguman anda terhadap kereta mewah mungkin menurun sedikit.

Satu konvoi kenderaan mewah di Yamaguchi, Jepun telah terlibat dalam kemalangan yang agak teruk apabila 8 buah Ferrari, 2 Lamborghini dan beberapa buah Mercedes.

Nahas ini berlaku apabila salah seorang pemandu Ferrari cuba menukar lorong tetapi terlanggar pembahagi jalan. Pelanggaran itu menyebabkan kereta tersebut berpusing di tengah lebuh raya, dan kereta mewah lain berlanggar sesama sendiri semasa cuba mengelak Ferrari itu.

Tiada kemalangan jiwa yang dilaporkan cuma 10 orang telah dirawat kerana mengalami luka ringan. Jika dilihat dari kerosakan yang dialami, tentu kos pembaikiannya menelan belanja yang cukup besar juga.



FERRARI KETIKA SEDANG BERKONVOI


KEADAAN FERRARI SETELAH NAHAS BERLAKU







©Eriyza : Harus diingat, barangan mewah dan berjenama tidak semestinya yang terbaik kerana jika Allah mengizinkan sesuatu berlaku, ia pasti akan terjadi jua. Apa yang penting, beserdehanalah di dalam kehidupan seharian meskipun anda seorang yang dilimpahi kekayaan harta benda.

Via : Sinar Harian | Fressmag

0 Comment

Post a Comment

Gunakan tatabahasa yang betul sewaktu menulis komentar agar mudah difahami oleh penulis. Terima kasih. :-)

Sila ambil perhatian perkara² berikut :-

1. Tinggalkan nama dan url blog atau laman web anda.
2. HTML tag seperti <b>, <i>, <a> boleh digunakan.
3. Sila berhemah di dalam berbahasa.