Jan 27, 2012

Lima Universiti Diberi Hak Autonomi


UNIVERSITI TEKNOLOGI MARA

Sistem pengajian tinggi di Malaysia mengalami sedikit transformasi apabila 5 buah universiti tempatan diberi hak autonomi. Menurut Kamus Dewan Edisi Empat, autonomi bererti kuasa memerintah sendiri tanpa campur tangan pihak lain. Pada awalnya, hanya Universiti Teknologi Malaysia diberi autonomi, namun telah diperluaskan kepada 4 universiti yang lain.

Menurut Menteri Pengajian Tinggi, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin, setiap universiti tersebut hanya diberi kuasa dalam empat bidang merangkumi urus tadbir, kewangan, sumber manusia dan pengurusan akademik serta pengambilan pelajar mulai September ini.

Berikut adalah Institut Pengajian Tinggi Awam yang diberi kelayakan autonomi :-


UNIVERSITI MALAYA


UNIVERSITI KEBANGSAAN MALAYSIA


UNIVERSITI SAINS MALAYSIA


UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA

Seperkara lagi, setiap pelajar yang ingin melanjutkan pelajaran di 5 universiti ini tetap perlu memohon kemasukan ke universiti melalui Unit Pusat Universiti (UPU). Pihak universiti akan menentukan sendiri pemilihan pelajar, kursus ditawarkan dan juga surat tawaran kepada pelajar yang layak.

Harus diingat, kuasa autonomi bukan bermakna bebas melakukan apa sahaja tanpa batasan. Jadikan hak yang diberi sebagai platfom untuk terus berdaya saing dalam mencapai kegemilangan dalam arena pendidikan setanding dengan universiti antarabangsa.

©Azurie : Pernah keluar masuk UKM tetapi bukan berstatus pelajar, hanya sebagai kakak kepada pelajar.

Via : Kosmo!

2 Comment

Aisumi Chan Kawa'i Sat Feb 04, 08:26:00 PM

wahhh UTM pun ada rupanya ^_^

Eriyza Sun Feb 05, 01:22:00 PM

@Aisumi Chan Kawa'i:
Aha, UTM pun terpilih jugak.

Post a Comment

Gunakan tatabahasa yang betul sewaktu menulis komentar agar mudah difahami oleh penulis. Terima kasih. :-)

Sila ambil perhatian perkara² berikut :-

1. Tinggalkan nama dan url blog atau laman web anda.
2. HTML tag seperti <b>, <i>, <a> boleh digunakan.
3. Sila berhemah di dalam berbahasa.